REVIEW DAN SINOPSIS GATTA KUSTHI

REVIEW DAN SINOPSIS GATTA KUSTHI | Sempat menonton filem Tamil berjudul Gatta Kusthi bersama keluarga yang disiarkan di siaran Netflix. Filem ini disiarkan di Netflix sejak 1 January 2023. Filem menarik ini dilakonkan oleh Aishwarya Lekshmi dan Vishnu. Dengan genre sport comedy filem ini berjaya menghiburkan kami sekeluarga.

Gatta Kusthi


Filem ini diarahkan oleh Chella Ayyavu dan dikhabarkan filem ini pecah panggung di India. Mungkin tak lama lagi berjaya mengaut lebh tontonan di Netflix juga.

Review Gatta Kushti

Untuk review filem Gatta Kushti ini, aku nak cerita beberapa point yang membuatkan mengapa filem ni korang patut tonton. Yang pertama adalah jalan cerita yang cukup menarik. Ianya genre sport comedy yang ringan dan menghiburkan. Kisah seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang sebenarnya adalah ahli gusti. 

Dengan penampilan berambut pendek dan susuk tubuhnya ,memang sangat sesuai Aishwarya melakon kan watak sebagai Keerthi. 

Gatta Kusthi


Ketika menonton filem aku rasa cukup terhibur. Terutamanya babak-babak sebelum identiti Keerthi terbongkar dan Veera dengan sikapnya yang berlagak seperti suami yang tegas didepan orang lain padahal tidak ketika bersama isterinya. Memang kelakar.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : HELEN

Untuk babak pertarungan Keerthi juga nampak realistik. Tak kira ketika dia dalam pertandingan ataupun ketika pergaduhan di jalanan dengan beberapa samseng. Aksi-aksi biasa mengangkat dan menghempas lawan, cukup sinonim dengan gusti. Jadi itu lah yang dapat kita lihat dalam aksi pertarungan Keerthi.

Filem ini mungkin akan membuatkan ego lelaki tercalar namun itu lah yang menyeronok kan bagi seorang wanita. Seperti aku. Hahahah .. Tapi sebenarnya filem ini nak tunjuk pada kita bahawa sebagai lelaki tak perlu risau jika isteri lebih dominan, kerana lelaki juga ada tugas peranan utama dalam caranya yang tersendiri. 

Sinopsis Gatta Kusthi

Gatta Lusthi mengisahkan Keerthi seorang ahli gusti. Ketika umurnya semakin menginjak ahli keluarganya mula risau tentang jodohnya.Pertemuan demi pertemuan diadakah untuk menjodohkan Keerthi namun semua yang datang akan angkat kaki sebaik mengetahui Keerthi adalah seorang ahli gusti. 

Disebabkan itu keluarga Keerthi mula merahsiakan tentang kerjaya Keerthi apabila sebuah keluarga datang untuk pertemuan menjodohkan Keerthi dan Veera. Veera sangat tertarik dengan Keerthi yang berwajah cantik, berambut panjangn dan mempunyai susuk tubuh yang bagus. Keerthi adalah gadis yang memiliki semua ciri-ciri idaman nya.

Gatta Kusthi


Perkahwinan diadakan antara Veera dan Keerthi. Dalam masa yang sama Veera sentiasa mendapat nasihat dari bapa saudaranya yang selalu menegaskan bahawa isteri perlu mengikut kata suami dan suami tak boleh terlalu berlembut dengan isteri. 

Namun pada suami hari berlaku kejadian yang menyebabkan identiti sebenar Keerthi diketahui suami dan seluruh penduduk kampung. 

Pelakon Gatta Kusthi

Aishwarya Lekshmi

Vishnu

Karunas

Sreeeja Ravi

Munishkhant

Kaali Venkat

Catat Ulasan

0 Ulasan