REVIEW DAN SINOPSIS : CRASH COURSE IN ROMANCE

REVIEW DAN SINOPSIS : CRASH COURSE IN ROMANCE | Ditayangkan sejak 14 januari 2023 untuk siaran Netflix. Drama yang dibintangi oleh Jung Kyoung-Ho dan Jeon Do-Yeon ini diarahkan oleh Yoo Je-Won dan ditulis oleh Yang Hee-Seung. Crash Course In Romance adalah sebuah drama komedi.



crash course in romance review

Review Crash Course In Romance

Dah agak lama juga tak tonton drama Romcom pertengahan macam ni. Selalunya tonton drama cinta remaja. Crash Course In Romance dah masuk episode 6 sehingga artikel ni ditulis ( 31 Januari 2023) . Kalau tengok pelakon perempuan nya tu memang macam sendu je.. Kan? Sebab nampak tua sangat. Ingatkan saya je yang berpendapat macam tu rupanya ramai rasa perkara yang sama. Review Crash Course In Romance

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : REBORN RICH

Kalau diikutkan beza umur Jung Kyoung-Ho dan Jeon Do-Yeon ni pun jauh sangat. Beza 10 tahun. Pelakon wanita tu dah umur 50 tahun dan pelakon lelaki 40 tahun. Bab umur ni la yang buat ramai tak puas hati.Saya pun tak tahu kenapa Jeon Do Yeon di pilih sebagai watak utama dalam drama ni.

Crash course in romance full Episod



Apa yang best tentang drama ni ialah jalan cerita yang cukup menarik. Walaupun ada sesetengah babak yang terlalu perlahan dan membosankan tapi drama ni tetap best bagi saya. Komedi yang menjadi , ada babak sedih yang menyentuh hati jugak. Boleh dikatakan semuanya menjadi la.

Ada keserasian antara pelakon, terutamanya watak Kim Yeong Joo sebagai rakan baik kepada Nam Haeng Seon. Saya suka watak dia sebab dia kawan yang baik, mengambil berat dan sentiasa menyokong. Bagusnya kalau ada kawan macam ni. Menangis dan ketawa bersama.

Watak yang dipegang oleh Jung Kyoung-Ho sebagai cikgu Choi Che Yeol juga sangat best. Sesuai sangat dengan gaya sombong dia. Saya memang suka dia berlakon.Antara pelakon lelaki terbaik yang saya selalu tonton lakonan nya. Tak pernah mengecewakan. Dia boleh jadi sombong, garang, dan kelakar.

Boleh dikatakan drama ni cukup menarik dan tak kan rugi menontonnya. kat mana nak tonto drama Crash Course in Romance ni? KOrang boleh tonton di Netflix.


Sinopsis Kdrama Crash Course In Romance.


KDrama ni mengisahkan Choi Che Yeol seorang guru di pusat Tuisyen Pride. Dia juga adalah bintang di pusat Tuisyen tersebut dan populariti nya meningkat kerana kepandaian nya menyelesaikan masalah matematik dan itu membuatkan ibu-ibu sentiasa mengejar slot tuisyen bimbingan nya.

crush course in romance scene



Choi Che Yeol mempunyai personaliti yang dingin. Dia sukar mengingati nama seseorang dan mempunyai masalah untuk makan. Tiada hidangan yang mampu membuatkan dia kenyang dan berselera untuk makan. Namun dia sangat bersemangat dalam kerjayanya. Sinopsis Kdrama Crash Course In Romance.

Sikap dingin dan terlalu bersemangat itu membuatkan rakan sekerja nya sukar menyesuaikan diri dengan nya.

Suatu hari pembantunya membeli satu hidangan makanan dari sebuah kedai yang dimiliki oleh Nam Haeng Seon dan berjaya membuatkan Choi Che Yeol makan sehingga kenyang dan cukup berselera. Kali terakhir dia merasakan hidangan seperti itu adalah ketika dia belajar untuk peperiksaan.



Nam Haen Seon seorang bekas atlet kebangsaan. Dia tidak pernah berkahwin namun mempunyai seorang anak saudara. Dengan usaha dan semangat untuk memberikan pendidikan sempurna pada Nam Hae E, Haen Seon berjaya mendaftarkan Nam Hae E ke kelas matematik di Pusat Tuisyen Pride.

Tanpa mengetahui Choi Che Yeol sebenarnya adalag guru Tuiseyn anak saudaranya, Nam Haen Seon sering bersangka buruk terhadap Choi Che yeol yang awalnya terlibat dalam satu salah faham antara mereka.


Crash course in romance review

Crash Course In Romance Cast

Jung Kyoung-Ho

Jeon Do-Yeon

Roh Yoon-Seo

Oh Eui-Sik

Lee Bong-Ryun

Shin Jae-Ha

Kim Sun Young

Lee Chae Min



Catat Ulasan

0 Ulasan