REVIEW DAN SINOPSIS : REBORN RICH

REVIEW DAN SINOPSIS : REBORN RICH | THE YOUNGEST SON OF CONGLOMERATE . Drama Reborn Rich ini ditayangkan di VIU bermula 18 november 2022. Drama diadaptasi dari novel web "Chaeboljib Maknaeadeul" oleh San Kyeong (diterbitkan dari 20 Februari 2017 hingga 11 Januari 2018. Soong Joong Ki adalah teraju utama drama ni yang berperanan sebagai Yoon Hyun-Woo dan Jin Doo Joon.

reborn rich


Review Reborn Rich kdrama 2022 

Tinggi sangat jangkaan orang ramai untuk drama ni. Bagi peminat-peminat Soong Joong Ki ini adalah drama yang dinanti-nantikan. Tapi saya sendiri pun tak jangka jalan cerita drama ni yang bagi saya biasa-biasa saja.

Macam biasalah bila drama tentang Chaebol mesti yang diketengahkan ialah isu tentang perebutan harta, iri hati sesama ahli keluarga, saham syarikat. Untuk episod pertama memang nampak drama ni menarik. Penulis nak penonton faham  Yoon Hyun-Woo punya karekter. Seorang yang patuh pada arahan dan berkarisma terhadap tugas nya.

reborn rich


Walau macam mana pun episod 3 mula nampak jalan cerita sedikit longgar apabila lebih banyak babak-babak Jin Doo Joon yang terlalu ringan. Waktu ini dia sudah masuk ke alam universiti. Penulis mungkin mahu menunjuk kan sisi ceria Jin Doo Joon. Tapi ianya menjadi terlalu bosan terutamanya babak ketika mereka melihat filem Titanic yang baru ditayangkan di Korea.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : MENTAL COACH JEGAL

Saya tak sabar untuk menanti waktu dimana Jin Doo Joon menamatkan zaman universitinya kerana bagi saya mungkin inilah waktu nya dimana dia mendedahkan karakter sebenarnya sebagai Yoon Hyun-Woo.

Saya mengharapkan setiap episod bertambah menarik dan berbaloi ditonton.

Sinopsis Reborn Rich 

Yoon Hyun-Woo bekerja untuk Soonyang Konglomerat sejak lebih 10 tahun lalu. Dia seorang yang patuh pada arahan dan tidak pernah mempertikaikan setiap arahan dari ahli keluarga chaebol ini walaupun dilayan seperti hamba. 

reborn rich


Suatu hari Yoon Hyun-Woo diarahkan untuk mengambil wang dari sebuah bank diluar negara. Sebaik keluar dari bank dia diburu dan ditembak mati. Dia percaya apa yang berlaku padanya adalah arahan dari salah seorang ahli keluarga Soonyang.

Selepas dia ditembak mati, dia tiba-tiba tersedar dan mendapati dirinya berada didalam tubuh seorang kanak-kanak. Kanak-kanak tersebut ialah Jin Doo Joon, salah seorang cucu termuda dalam keluarga Soonyang. Apa yang lebih mengejutkan lagi dia berada ditahun 1987. Seorang lelaki dewasa terperangkap didalam tubuh seorang kanak-kanak.

Keluarga Soonyang mempunyai hubungan yang tidak mesra diantara ahli keluarga. Keluarga Jin Doo Joon sering dipandang rendah oleh ahli keluarga lain termasuk datuknya sendiri. 

Disebabkan Jin Doo Jon sudah tahu tentang beberapa kejadian penting di Korea ,Jin Doo Joon berjaya membuatkan datuknya percaya kepadanya. Dia juga diberikan sebidang tanah yang luas dan berjaya menjadi jutawan dalam usianya 20 tahun. Perlahan-lahan dia membuatkan datuknya percaya dan sayang kepadanya sehinggakan ahli keluarga lain menjadi cemburu.

Jin Doo Joon sebenarnya mempunyai satu rancangan besar untuk membalas dendam terhadap keluarga Soonyang .

reborn rich


Pelakon Reborn Rich

Soong Joong Ki

Lee Sung Min

Shin Hyun Bin

Kim Hyun

Yoon Je Moon

Kim Jung-Nan

Jung Hye Young

Jo Han Chul

Kim Shin Rok

Jung Hee Tae

Heo Jung Do

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan