REVIEW DAN SINOPSIS : EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO

REVIEW DAN SINOPSIS : EXTRAORDINARY  ATTORNEY WOO | Aku dapat rasanya kadrama ini akan jadi antara Kdrama paling best untuk tahun 2022. Masa mula-mula tengok senarai pelakon, Park Eun Bin diberi watak sebagai gadis yang mengidap autism, rasa macam tak percaya. Boleh ke dia bawa watak ni. Sebab aku pernah tengok dia belakon drama The King Affection . Sangat mengecewakan dan nampak tak sesuai watak tu dengan dia. Dan sekali lagi dia dapat satu lagi watak yang sangat berat untuk drama Extraordinary Attorney Woo.



Tapi selepas tonton dia dalam drama ni memang aku kagum sangat dengan lakonan dia. Menjadi.. Memang nampak jelas dia banyak bersedia untuk pegang watak ni. Dia boleh jadi kelakar dan menawan dalam masa yang sama dia mengidap autism. 

Drama ni juga membuka mata kita untuk melihat dari sisi pandang seorang pengidap autism. Selama ni kita cuma tahu cara mereka berfikir berbeza dengan kita tapi drama ni dia perincikan lagi supaya kita lebih dekat dan faham dengan mereka.  Contohnya cara mereka memandang sesuatu objek, cara mereka mentafsir apa yang orang lain cakap, dan macam mana mereka melihat perkara-perkara yang biasa bagi kita tapi mereka lihat dengan penuh luar biasa. 


Itu yang membuatkan drama ni sangat menarik dan mendapat rating yang cukup tinggi semenjak disiarkan di Netflix walaupun baru memasuki episod ke 2.

Apa yang paling disukai dalam drama ni ialah , mereka tak meletak kan watak utama sebagai orang yang dipandang rendah dan banyak kelemahan. Woo Young Woo pelajar terbaik, disayangi ramai , dicemburui , dan petah berkata-kata.

Yang membuatkan drama ni lagi best sebab ada pelakon komedi Kang Ki Young yang cukup-cukup menghiburkan dan buat kita tak kering gusi. Memang tunggu je babak yang ada dia.



Cuma aku macam tak berapa suka ending untuk episod kedua. Macam tu la kalau dah masuk Netflix. nak juga di masuk kan jalan cerita macam tu. Nak tau apa dia. Kena tonton la. Harap lepas ni pak-pak lebai fikir banyak kali nak suruh orang langgan netflix. Hahaha..

BACAREVIEW DAN SINOPSIS : PACHINKO

Sinopsis Extraordinary Attorney Woo

Woo Young Woo seorang gadis yang mengidap  sindrom Asperger. Walaupun begitu dia seorang yang bijak dan menjadi pelajar terbaik di universiti . Dia kemudian nya bekerja sebagai peguam di sebuah firma guaman dengan bantuan rakan lama ayahnya.




Awalnyaa kehadiran nya sukar diterima disebabkan keadaan nya. Namun dengan kemahiran yang luar biasa menyelesaikan kes-kes , dia mula mendapat kepercayaan untuk menyelesaikan kes-kes besar. 


Woo Young semakin menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan nya. Ditambah pula dia sangat rapat dengan Lee Jun Ho yang juga bekerja di tempat yang sama dengan nya. Jun Ho sering memberi semangat pada Young Woo dan menjadi teman untuk Young bercerita tentang ikan Paus.

Cabaran juga mula mendatang apabila Firma guaman Hanbada, tempat Young Woo bekerja menjadi saingan firma guaman Taesan. Young Woo yang juga pelatih peguam menjadi perhatian firma guaman Taesan.




Pelakon Extraordinary Attorney Woo


Park Eun Bin

Kang Tae Oh

Kang Ki Young

Baek Ji Won

Ha Yoon Kyung

Jo Jong Hyuk 

Jeon Bae Su 


Catat Ulasan

0 Ulasan