RESEPI KUIH LAPIS PALING SEDAP DAN MUDAH

RESEPI KUIH LAPIS PALING SEDAP DAN MUDAH | Antara kuih yang paling senang untuk dibuat dan sedap. Memang ramai pengggemar kuih lapis ni sebab selain rasanya yang sedap ianya juga sangat cantik. Dilapisi dengan warna-warna menarik. Bila nak makan boleh koyak selapis demi selapis.



Selalunya kita akan guna 3-4 warna tapi kalau nak lebih cantik dan menarik boleh guna lebih banyak warna. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah didapati. 

Tapi harga kuih lapis ni agak mahal jugak disebabkan penggunaan santan dan gula. 5-6 potong kuih berharga rm3. Standard harga kuih muih sekarang ni sebiji 5-6 puluh sen. 

Tapi walaupun harganya naik jangan jadikan penghalang untuk kita makan sedap. Buat sendiri pun boleh . Cukup mudah disediakan dan cepat. Cuma kena tunggu sejuk saja.

Resepi Kuih Lapis

Untuk resepi kuih Lapis Paling Sedap ni, ianya adalah perkongsian saudara Rita-Siucien dilaman IG nya. Menurutnya , Kuih Lapis ini adalah saalah satu jualan nya yang best seller . Jadi kalau ada yang nak cuba resepi ni untuk jualan, boleh la guna.

Banyak resepi-resepi lain yang menarik . Boleh follow Rita untuk resepi sedap-sedap. 

Bahan-bahan

1200ml santan

250g tepung ubi

150g tepung beras

325g gula pasir

5 helai daun pandan

sedikit garam

pelbagai pewarna mengikut citarasa.

Cara membuat Kuih Lapis

1. Masuk kan santan, garam dan daun pandan di dalam periuk. Massak hingga mendidih dana matikan api. 

2. Keluarkan daun pandan dn masuk kan gula.kacau hingga gula hancur dan sejuk kan ia.

3. Dalam bekas lain, masuk kan tepung ubi, dan tepung beras.Masuk kan air santan yang sudah sejuk tadi. kacau sebati dan tapis. 

4. Kemudian asingkan menjadi beberapa bahagian  mengikut jumlah warna. masuk kan pewarna dalam bancuhan.

5.Panaskan pengukus.

6. setelah pengukus panas, ambil loyang bulat atau petak. tuang 100ml adunan dalam loyang, atau 1 senduk adunan. kemudian kukus selama 3-4 minit.

7. kemudian keluarkan loyang dari periuk pengukus. Senduk kan 100ml lagi bancuhan dengan warna yang berbeza ke dalam loyang. Kukus lagi 3-4 minit. 

8. Ulang proses ini sehingga mengikut ketebalan kuih lapis yang anda mahu. Pada lapisan terakhir kukus sehingga 20 minit sampai betul-betul masak.

9. Setelah loyang dikeluarkan , sejuk kan kuih lapis sebelum di potong. Potong dengan pisau plastik untuk menjadikan potongan lebih cantik.

/>

Post a Comment

0 Comments