RESEPI AYAM BAKAR PALING SEDAP GUNA AIR FRYER

RESEPI AYAM BAKAR PALING SEDAP GUNA AIR FRYER | Asyik ayam goreng je. Anak-anak pun dah jemu. Hari ni berbuka puasa sempat saya buatkan ayam bakar. Guna Air Fryer je. Berbakti sungguh Air Fryer saya ni. 



Sejak beli setahun lalu memang tak henti-henti memberikhidmat yang cemerlang.Dari bakar ayam sampai buat kek. Semua boleh. Menjimatkan masa pulak tu. 

Anak saya yang tak pandai masak pun dah boleh siapkan maakanan sendiri dengan  adanya Air Fryer. Kalau korang nak baca pasal Air Fryer tu boleh baca di entry Air Fryer 7 liter ni.

Resepi Ayam Bakar

Cantik pulak kaler ayam bakar saya kali ni. Mungkin sebab saya ada masuk kan kicap manis. Perap ayam 15 minit kemudian bakar 30 minit. suhu 180.

Selalunya saya tak letak kicap manis. Jadi kaler nya akan kemerah-merahan. Ayam Bakar ni juga sesuai untuk dimakan dengan nasi ayam.

Sebenarnya buat ayam bakar lebih senang dari ayam goreng. Lagi-lagi bila guna air fryer. Bunyi TING! saja dah siap. Tak payah nakjenguk2 macam bakar dalam oven. 

Ok..jom kita tengok cara-cara buat ayam bakar paling sedap guna Air Fryer je.



Bahan-Bahan membuat Ayam Bakar

5 ketul ayam di bersihkan 

1 sudu kecil halia dikisar

1 sudu besar bawang putih di kisar

1 sudu besar cilibo

1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil kicap manis

1\2 sudu kecil garam

1 sudu majerin

Cara -caranya:

1. Campurkan semua bahan kedalam bekas berisi ayam. Gaul sebati.

2. Masuk kan dalam air Fryer. Bakar selama 30 minit dengan ssuhu 180.

3. Dah siap boleh la dihidangkan.




/>

Catat Ulasan

0 Ulasan