RESEPI BUAH MELAKA ATAU ONDE-ONDE YANG SEDAP

RESEPI BUAH MELAKA ATAU ONDE-ONDE YANG SEDAP | Petang ni berbuka puasa saya buat kuih Buah Melaka ataupun Onde-Onde. Kuih ni permintaan suami. Dia memang suka la kuih yang ada kelapa parut macam ni. Katanya bila makan kuih ni teringat arwah mak dia yang dulu suka masak buah melaka masa berpuasa kecil-kecil dulu.



Kuih buah Melaka ni ada macam-macam versi. Ada yang letak kan sedikit tepung gandum dalam doh. Katanya untuk bagi dia kekal keras. Tapi keluarga saya buat kuih Buah Melaka ni tak  pula letak kan tepung gandum.

Saya pernah try letak kan tepung gandum. tak menepati selara saya la. Saya lebih suka guna 100% tepung pulut.

Baru-baru ni saya baca di satu page, cerita tentang bazar ramadan. Menurut tuan punya status, dia rasa tertipu bila buah melaka yang dibeli bukan berintikan gula kabung tapi berintikan agar-agar atau jelly. Ada juga buah Melaka versi jelly rupanya.

Mungkin dia nak buat pembaharuan. Tapi pelanggan rasa tertipu la. Sepatutnya dijelaskan pada pelanggan apa inti dalam buah Melaka atau Onde-Onde yang di jual..Macam-macam isu sekarang ni kalau cerita tentang bazar ramadan. Belum masuk bab harga lagi.

2 tahun lepas sebelum PKP saya hampir2 terbeli buah melaka harga rm1 untuk 3 biji. Saiz kecil2 je. Sebab tu kita kena rajin sikit kalau kita sejenis  yang suka makan macam saya. Hahha.

Resepi Kuih Buah Melaka Atau Onde-Onde Paling Sedap dan Senang .

Sebenarnya untuk membuat Buah Melaka atau Onde-Onde ni memang sangat senang. Inilah satu-satunya kuih yang bagi saya sangat mudah penyediaan nya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan nya yang mudah



Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut

sedikit pewarna hijau

sedikit air.

Gula kabung dipotong kecil-kecil

2 cawan Kelapa parut

secubit garam

1 sudu kecil gula.

Air untuk merebus


Cara penyediaan.

1. Masuk kan sedikit pewarna hijau ke dalam tepung pulut.

2. masuk akan air sedikit demi sedikit. Uli tepung sampai lembuh menjadi doh. Jangan terlalu lembik. Kita nak doh yang keras.

3. Sementara tu diatas api letak kan periuk berisi air yang banyak. Panaskan air.

4. Ambil sedikit doh kemudian letak kan gula kabung yang dipotong kecil kedalam nya. tutup doh dan golek2 kan atas tapak tangan menjadi bebola. Buat banyak2 sampai habis doh

5. Masuk kan bebola tadi kedalam air rebusan yang sudah mendidih. 

6.Bila bebola dah terapung, angkat dan toskan air nya.

7. dalam bekas lain , ambil kelapa parut. Masuk kan garam dan gula. Gaul sebati.

8. Bebola yang dah ditos tadi, masuk kan dalam kelapa parut. Golek-golek kan dia, Dan siap  untuk dihidangkan.


/>

Post a Comment

0 Comments