RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT SEDAP

RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT SEDAP | Assalamualaikum....Saya buat biskut raya ni malam tadi..Buat lebih untuk bawa balik untuk mak saya. Dia kata kat kampung biskut raya dah habis. Dari raya pertama dah habis dah.. Hebat sungguh depa beraya..hahahah..





Saya guna bahan2 lebih masa buat biskut raya hari tu..
Beli banyak bahan nya.jadi kena habiskan segera la takut
Barang2 ni dah sampai tarikh luput langsung tak boleh guna..
Cuma cornflakes tu je baru beli kemarin untuk sarapan anak2..





Biskut ni sedap walau saya main campak2 je bahan dia..
Sekali rasa macam biskut famous amous pulak..hahahha..
Betul..tak tipu..nanti try ye..
Jom saya ajar cara buat nya..sukatan guna cawan awak minum kopi tu je..heehe


Bahan-bahan:


2 cawan mentega
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandung
1 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk coklat
2 genggam badam (panggang dan hancurkan kasar2)
2 cawan cornflakes (ramas2 bagi hancur)


Cara-caranya


Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk coklat.
Masuk kan cornflake dan badam yang dah dihancurkan tadi..
Ketepi kan..





Dalam bekas lain
Pukul mentega dan gula ccuster sampai kembang.
Masuk kan telur dan esen vanila.pukul lagi sampai kembang..


Kemudian masuk kan capuran tepung dan serbuk coklat tadi..
Adun sebati..


Bentuk kan ikut citarasa sendiri.
Boleh jugak bentukkan dan tekan guna garfu je kalau nak, kemudian bakar.
Saya buat bulat je..lepas tu kepal2 kan dengan lebihan cornflakes..
Lepas tu letak dalam papercup dan bakar.
Suhu 170 ,20 minit.
Unyuk adunan ni awak boleh dapat dalam 100 biji biskut..


Selamat mencuba...


/>

Post a Comment

0 Comments