RESEPI DAGING MASAK HITAM PALING SEDAP

RESEPI DAGING MASAK HITAM PALING SEDAP | Assalamualaikum...Dulu ..kalau saya beli majalah wanita saya suka simpan resepi yang dia selit kat dalam tu..
Saya asingkan resepi tu dalam satu file...
Resepi2 yang kat dalam tu semuanya ringkas2..
sebab tu kalau tengok saya masak memang saya suka yang ringkas2 je..
Boleh dikatakan dari resepi di majalah wanita tu la saya belajar banyak jenis masakan.




yang tak dapat view gambar ni saya dah sediakan resepinya di bawah..

Daging Masak Hitam Paling Sedap



Ini salah satu resepi yang saya kerap jugak masak..
Saya ingat petang ni pun saya nak buat Daging Masak Hitam ni..
Sebelum saya pi bersilat kat dapur nun meh saya kongsikan resepi Daging Masak Hitam
yang mudah dan sedap ni..
mesti suami makan sambil menjilat jari..tak pandang dah kedai mamak tu..
heheheh..
kalau yang dalam gambar resepi nya untuk masak dalam kuantiti banyak..
tapi saya biasa masak sikit je..
ini resepi saya...


Resepi daging masak Hitam yang sedap

bahan-bahan nya

1 mangkuk daging lembu yang dipotong dalam ukuran 2 inci
1 sudu besar kerisik
*1 batang serai
*1/2 inci lengkuas
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*5 tangkai cili kering
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 senduk kecil kicap manis
1 biji bawang besar

garam secukup rasa
1 senduk kecil minyak masak.

cara-caranya..



kisar bahan-bahan bertanda * ..
panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang bunga cengkih dan buah pelaga..
masuk kan semua bahan yang dah dikisar
masuk kan kerisik
Tunggu sampai semua bahan menjadi garing dan naik minyak..


masuk kan kicap dan daging .
masak sehingga daging lembut.jika terlalu kering masuk kan 1 cawan air.
apa bila daging sudah lembut dan kering masuk kan garam dan bawang besar yang dihiris.
tutup api.jangan sampai bawang jadi lembik.
sedia untuk dihidangkan.Hidangan ni sangat sesuai untuk dimakan dengan nasik minyak..



selamat mencuba..
/>

Post a Comment

0 Comments