DI INDIA JAMBATAN BESI PUN BOLEH KENA CURI

DI INDIA JAMBATAN BESI PUN BOLEH KENA CURI | Sebuah jambatan di atas terusan Ara-Sone seberat 500 tan berukuran 60 kaki di India telah dicuri oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai kerajaan.



Struktur jambatan berusia 45 tahun itu yang diperbuat daripada besi, disedari hilang pada 5 April oleh beberapa penduduk kampung Amiyawar di daerah Rohtas di Bihar.  Laporan polis dibuat pada 8 April

“ tiga hari lalu, jambatan besi itu ada di situ tetapi tiba-tiba ia hilang dan kami memaklumkan kepada pegawai tempatan,” kata seorang penduduk kepada wartawan The Hindu

Jambatan itu nampaknya telah dibongkar selama dua hari oleh lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Pengairan Negeri. 

Sebelum ini mereka ada membuat permohonan untuk mengalihkan jambatan itu dan telah dikemukakan kepada jabatan Pengairan Negeri



Pencuri mungkin menggunakan pemotong gas dan jentera pengalih tanah untuk memecahkan jambatan itu.

Bahan-bahan yang dicuri kemudiannya mungkin dijual sebagai besi buruk - Salah ssatu perniagaan yang banyak dijalankan dan sangat menguntungkan di India.

Setakat ini beberapa ahli kumpulan sendiket mencuri jambatan telah dikenal pasti oleh penguatkuasa undang-undang tempatan.

"Mereka memusnahkan harta awam dan mencuri sebuah jambatan," kata Subash Kumar, seorang pegawai polis yang menyiasat kes itu.

/>

Post a Comment

0 Comments