CARA MENGATASI MASALAH GAMBAR YANG DISIMPAN SELALU DALAM FORMAT JFIF

CARA MENGATASI MASALAH GAMBAR YANG DISIMPAN DALAM FORMAT JFIF | Tahun lepas saya baru update ke windows 10. Orang dah guna windows 10 lama dah kita baru nak update. Bukan apa tapi sebab dah selesa. Rasa malas nak update. Tapi disebabkan pc problem , hantar kedai , dia tanya sama ada nak update windows 10 tak. Kalau nak dia update free je. So suami kata ok la sebab kami memang suka barang free. Hahah.



Bila dah siap semuanya, bawak balik rumah, pasang cable semua. Try la save gambar. Eh!!!! Apasal semua gambar yang dimuat turun semuanya save dalam format Jfif? Ha..Pening sudah.. 

Ooo.. Rupanya ini sebab nya.. Artikel dari blog Omatomeloan Hikaku

Sekarang korang faham tak?? Tak faham? sama la kita... Hahah..

Ok.. apa pun ada penyelesaian mudah untuk mengatasi masalah ni. 


Tukar Gambar file jfif kepada jpeg

Apa yang korang perlu buat ialah mula-mula sekali...

1 -Tekan tombol Window +R .



2- Masuk kan Regedit dan tekan OK

3- Cari HKEY_CLASSES_ROOT  MIMIE   Database  Content Type  Image  jpeg

 Atau kalau dah rasa hebat sangat malas nak cari satu2 masuk kan je 

HKEY_CLASSES_ROOT\MIME\Database\Content Type\image/jpeg   - Pada ruang yang kita nak masuk kan REGEDIT tadi.

 4- Setelah jumpa jpeg, klik pada jpeg dan pilih Extension di bahagian kanan.


5- Ubah jfif pada value data kepada .jpeg  . Jangan lupa ada titik sebelum perkataan jpeg tu ye kawan-kawan.

klik OK dan selesai.

Senang je..kan?? sekarang cuba test simpan mana2 gambar. Gambar yang disimpan tidak lagi dalam format jfif. 

Terima kasih semua yang sudi membaca.


/>

Post a Comment

0 Comments