REVIEW DAN SINOPSIS : MILITARY PROSECUTER DOBERMAN

REVIEW DAN SINOPSIS : MILITARY PROSECUTER DOBERMAN | RATING 7\10 . Kdrama yang baru bersiaran untuk episod 8 pada minggu ni.Drama ni boleh ditonton disiaran TVN unifi. Ada 16 episod. Lakonan Anh Bo Hyun bersama Jo Bo Ah. Drama dengan genre military dan Law. Tapi kelainan yang dibawa drama ni berbanding drama law yang lain ialah ianya tentang jenayah dan salah laku dalam tentera.



Perkara yang susah kita nak dapat tonton dalam drama dan filem. Adakah salah laku dalam tentera biasa hanya dibiarkan saja atau ada unit siasatan khas, sebab tentera ni biasanya mereka dilindungi dibawah kuasa tentera. Macam mana kalau diaorang ada buat kesaalahan serius? Ini lah yang korang akan tonton dalam drama ni.

Suka sangat tengok Anh Bo Hyun pakai uniform tentera. Sedap mata memandang. Lagi pulak kali ni rambut dia kemas je. Paling tak suka tengok dia dalam drama Yumi's Cells. Rambut panjang nampak selekeh. Tapi dalam drama Military ni rasa macam nak jadi peminat Anh Bo HYun pulak la.🤭

Selalunya saya tak suka tonton filem ketenteraan korea sebab banyak buli la, hero dianiaya la. Sangat mengganggu emosi. Tapi drama ni saya suka dan terhibur. ditonton tanpa tekanan emosi.

Plot drama ni juga sangat baik. disusun kemas dan tak pening kepala. Plot nya berkembang dari watak ke watak. Setiap episod kita nampak jalan cerita dia makin luas dan makin menarik.

Sinopsis Miliotary Prosecuter Doberman

Do Bae Man berhenti sekolah dan  mengambil peperikaan undang-undang untuk melayak kan dia menjadi pendakwa raya. Dia kemudian nya dilantik menjadi pendakwa raya untuk satu kes salah laku seorang anak VVIP di dalam tentera.



Kemenangan nya membuatkan dia lebih berminat dengan kejayaan dan wang. Sehinggalah dia terlibat dengan orang yang salah. dia mahukan wang dalam masa yang sama dia ingin menjadi pendakwa raya yang berjaya.

Cha Woo In yang juga pendakwaraya yang baru dilantik, seorang anak orang kaya, mempunyai sikap yang tegas. Dia tidak takut dengan pemimpin lain yang berkuasa. Dia sebenarnya menjadi pendakwaraya tentera untuk membalas dendam dan merungkai tentang kematian ayahnya.

Do Bae Man dan Cha Wo In menyiasat satu kes melibatkan Noh Tae Nam. Anak seorang komander tentera wanita pertama di Korea. Noh Hwa Young wanita paling berkuasa dalam pasukan tentera Korea yang sentiasa melindungi Noh Tae Nam sehinggakan anak lelakinya berani melakukan kesalahan yang serius.

Dengan kepintaran Do Bae Man dan Cha Wo In, Noh Tae Nam dihukum dan perlu berkhidmat dalam pasukan tentera. Tindakan berani Do Bae Man dan Cha Wo In membuka banyak kes salah laku lain melibatkan pemimpin-pemimpin dalam tentera korea.

Pelakon Military prosecuter Doberman

Anh Bo Hyun

Jo B0 Ah

Oh Yeon Su

Kim Young Min

Kim Woo Seok

Kang Mal Geum

Lee Jin Soo



Catat Ulasan

0 Ulasan