RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP. CUCUR UDANG RANGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM

RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP. CUCUR UDANG RANGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM | Semalam adik ipar bawa ayah mertua aku mai jalan ke rumah. Jadi aku cadang nak buat cucur udang. Tak nak masak nasi sebab ayah tak suka makan nasi. Dia pulak perut kerap masuk angin sejak-sejak tak sihat ni. Nak makan kuah macam2 tu mungkin tak berapa sesuai dengan perut dia. Tu yang dia tak syok nak layan nasi. 



Aku pula memang tak pernah buat cucur udang jamu kat orang. Cucur udang simple2 style rumahan je , boleh la. Kalau nak buat macam yang kat kedai tu tak berapa reti. Takut tak menjadi. 

Tapi semalam tekak pun terasa nak makan cucur udang macam kat kedai. Jadi suruh suami belikan udang dan daun kucai. Alhamdulillah semua bahan ada. Teruskan dengan projek buat cucur udang.

Tips Cucur Udang Rangup

Rahsia nak buat goreng-gorengan menjadi rangup ialah dengan menggunakan tepung beras. Tak kira la, nak buat pisang goreng atau ubi goreng, campurkan saja tepung beras ke dalam bancuhan tepung.

2 cawan tepung gandum tambah 1 cawan tepung beras. Hasil gorengan akan rangup dan cantik. Minyak pulak kena betul2 panas dengan api sederhana.

Sama jugak macam nak buat cucur udang, gunakan 2 cawan tepung gandum ditambah dengan 1 cawan tepung beras. atau pun cukup sekadar 2 sudu tepung beras.



Cucur udang akan rangup dan hasilkan kerak yang cantik. Cuma ianya tak boleh dimasak terlalu lama sebab kalau terlampau garing, bahagian yang rangup akan jadi keras.

Cucur udang mestilah lembut dibahagian dalam nya.Tak boleh garing ampai kedalam sebab nanti minyak akan bertakung di dalam cucur udang. SSebelum menggoreng saya peram dulu bancuhan selama 15-20 minit.

 

Resepi Cucur Udang lembut dan sedap.

Cucur udang akan jadi lebih sedap kalau ada banyak bahan didalam nya. Boleh campurkan taugeh, lobak, jagung manis, cili kering bersama-sama dengan udang dan daun kucai. Boleh juga tambah sedikit bawang besar.

Untuk ssedapkan lagi cucur udang agar lebih berperisa boleh masuk kan kuib ayam. Cucur lebih sedap dan berbau harum ketika digoreng.

Bahan-bahan Membuat cucur udang

10 ekor udang saiz sedang /1 genggam kalau guna udang kapas

2 cawan tepung gandum

2 sudu bessar tepung beras

pokok daun kucai  dipotong pendek2 - 3-4 cm

1 kuib ayam

500ml air

1 biji telur

1 sudu kecil garam

minyak untuk menggoreng



Cara menyediakan cucur udang rangup

Campurkan bahan kecuali minyak. Dalam satu bekas gaul semua sampai tepung tak berketul. Bancuhan tak boleh terlalu cair dan terlalu keras. 

Panaskan minyak dengan api sederhana. Minyak metilah bertakung dan banyak.

Bila minyak dah panas boleh enduk kan tepung ke dalam minyak panas. 

Goreng sampai kekuningan .

BIla dan masak, angkat dan gunting untuk dihidangkan.

Boleh dimakan dengan so atau pun kuah kacang.

Kalau dibelah-belah utara ni cucur udang biasanya dimakan dengan kuah kacang. Tapi makan dengan so bias pun dah cukup sedap.

Selamat mencuba..





/>

Post a Comment

0 Comments