RESEPI BISKUT MAKMUR PALING SEDAP

RESEPI BISKUT MAKMUR PALING SEDAP | Biskut raya apa yang paling korang suka makan? Kalau saya , saya paling suka biskut makmur. Biskut Makmur ni juga kegemaran ahli keluarga saya. Boleh dikatakan tiap kali raya mesti ada biskut Makmur. Kalau tak raya pun kadang2 buat juga biskut ni sebab teringin. Nak makan biskut makmur yang sedap datang la ke rumah saya. :D 



Biskut makmur ni  juga kakak saya buat jualan di kampung. Memang setiap kali raya puasa atau raya haji beratus-ratus balang terjual hanya disekitar beruas saja. Biskut ni tak boleh di pos sebab takut pecah. Saya pernah jual biskut makmur untuk seluruh Malaysia. penghantaran melalui pos. Tapi banyak yang sampai dalam  keadaan pecah.


Jadi saya putuskan biskut ni tak boleh di hantar menggunakan pos. Kalau nak pos kena buat bikut makmur keras macam batu la agaknya. Hahhahaa..

Kalau nak makan kena datang rumah la.Tak de bahan istimewa atau resepi rahsia pun. Sama aja bahan yang digunakan dalam resepi lain. Mungkin biskut kami lebih sedap sebab sukatan bahan nya saja kot. 



Kalau untuk buat jualan biasanya kakak saya buat saiz sederhana je. Tapi kalau saya buat untuk makan sendiri saiz nya besar-besar jugak. baru puas makan. penat la nak seluk balang kerap2. Hahahaha.

Resepi Biskut Makmur guna susu tepung 

Biskut makmur yang sedap biasanya tak menggunakan gula icing semata-mata. Ianya dicampurkan dengan 1 cawan susu tepung. Gula icing 1 cawan dicampurkan dengan susu tepung 1 cawan. Ianya memberi rasa yang lebih sedap, berlemak dan berperisa. Bancuhan tepung juga dicampurkan nestum untuk memberi rasa yang lebih sedap

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan biskut makmur paling sedap .


Bahan-Bahannya:

Tepung Gandum 1kg
Kacang Tanah 1kg
Nestum 3cawan
Minyak sapi 500gm
Planta 1 cawan


Gula icing 3 cawan
Susu tepung  cawan





Cara -cara membuat Biskut Makmur paling sedap.

1. sangai kacang kemudian buang kulitnya dan blend kacang. Tak perlu blend sampai kacang jadi halus.

2. masuk kan kacang dalam bekas bersama tepung gandum, minyak sapi, nestum dan planta.

3. Adun sebati sampai jadi doh. Jangan terlalu keras dan terlalu lembut, cukup sampai boleh dibentuk menjadi bulat.

4. Panas kan oven .

5. Mula bentuk kan doh menjadi bebola kecil. Terserah nak buat besar mana.

6. susun dalam loyang yang dah disapu majerin.

7. Bakar dengan suhu 180 selama 15-20 minit.


8. sementara tunggu biskut masak, dalam bekas lain campurkan susu tepung dengan gula icing. gaul sebati.,

9. Bila biskut dah masak. golek kan dalam campuran gula dan susu tadi. 

10. susun dalam balang dan tunggu sejuk baru boleh makan.

dah siap dan selamat menjamu selera.

/>

Post a Comment

0 Comments