CARA BUAT AIR NESTUM UNTUK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA

CARA BUAT AIR NESTUM UNTUK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA |  Lagi 3 hari nak  puasa ni , nestum dah beli ke belum. Kalau dirumah saya ni stock Nestum memang sentiasa ada sebab saya dan suami suka minum air Nestum. Salah satu kelebihan minum nestum  ni ialah perut cepat kenyang, tak payah masak banyak-banyak, dan rasa kenyang yang berpanjangan. Boleh tahan 16 jam kalau bersahur dengan Nestum.

Selain Nestum korang boleh cuba bijiran oat yang lain. Saya suka Nestum ni sebab senang  nak dapat dan harganya pun murah saja.



Kalau nak  guna Quaker Oat pun boleh tapi harganya mahal sikit dari nestum.Terpulang nak guna yang mana .

Masa baru-baru kawen suami bagitau yang dia suka sangat minum air Nestum. Saya macam pelik sebab biasanya lelaki suka teh tarik kopi o tapi dia suka air Nestum.

Heheh..Ala nampak comel sangat tau!




Tapi kopi dan teh tarik pun dia minum jugak. Cuma tak special macam nestum ais la..

Kalau di kampung suami saya , ada kedai yang jual air nestum macam ni. Tapi di Pulau Pinang tak de jumpa lagi yang jual.

Suami saya kata masa mula-mula datang ke Pulau Pinang dia order nestum ais, taukey kedai tu ketawa je dengar.hahah.

Sejak tu kalau nak minum nestum dia buat sendiri je.


Cara buat air Nestum yang sedap


Saya pun dari tak pernah-pernah bancuh nestum sekarang dah makin suka minum nestum. Cemana tak sihat gini??hahaha.. 
Tiap kali nak puasa sunat atau ganti puasa , minum Nestum saja pun dah cukup.


Kalau ikut citarasa suami saya , dia memang suka letak ais dalam nestum.Kalau bancuh panas2 tu ada masa-masanya saja dia minum.

Cara bancuhan nya pun sangat mudah. Lebih mudah dari ABC . Caranya 2 sudu susu pekat dicampur ke dalam  2 sudu nestum. Kemudian tambahkan  2 cawan air. kemudian letak ais. Dah siap.


Korang patut cuba dan amalkan minum  air nestum kalau nak bersahur. Nak lebih sihat tak perlu masuk kan susu pekat. 

Cuba lah masuk kan kurma , madu , nestum dan badam ke dalam pengisar. Kemudian kisar sampai hancur dan minum ketika bersahur.

Mesti minuman ni akan jadi kegemaran korang setiap hari.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan