RESEPI APAM BALIK GEBU YANG PALING SEDAP - RESEPI AZIE KITCHEN

RESEPI APAM BALIK GEBU YANG PALING SEDAP - RESEPI AZIE KITCHEN| Tiap kali pergi pasar malam, wajib beli apam balik. Dah macam satu tradisi pulak kena beli apam balik kat pasar malam. Jadi makanan ni hanya dapat dimakan seminggu sekali saja la.Hahaha..



Pasar malam di rumah saya ni pun boleh tahan sedap apam balik nya. Tapi nak menunggu dia masak tu yang lambat. Demi memenuhi kehendak tekak ni terpaksa juga la tunggu sampai siap. 

Sekali beli, 3,4 biji. Baru puas makan. Saya kurang gemar apam balik mini yang nipis dan rangup tu. Lebih puas makan apam balik yang tebal dan gebu. Jagung wajib banyak. 

Tapi kalau dah malas nak membeli, buat sendiri pun ok jugak. Resepi apam balik yang saya nak kongsikan ni adalah perkongsian dari Blogger Azie Kitchen.

Dah ramai yang cuba resepi ni dan puas hati. Saya simpan disini sebagai rujukan semua dan saya sendiri. Balaik kampung nanti nak cuba buat dan makan ramai-ramai.



Bahan-bahan buat Apam balik

2 cawan tepung gandum

½ cawan gula

1 sudu teh soda bicarbonate

1 sudu teh baking powder

Sedikit pewarna kuning

1 biji telur

1½ cawan air

Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur:

Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.

Jagung manis dalam tin

Gula halus

Marjerin



Cara-cara

Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

check disini untuk kuali non stick terbaik : https://shope.ee/400YvdQVdI


/>

Post a Comment

0 Comments