PENUNGGANG BASIKAL TAMPAR PEJALAN KAKI KERANA TIDAK MEMBERI LALUAN DI LALUAN PEJALAN KAKI

PENUNGGANG BASIKAL TAMPAR PEJALAN KAKI KERANA TIDAK MEMBERI LALUAN DI LALUAN PEJALAN KAKI | SINGAPURA: Seorang penunggang basikal di Sengkang didakwa bertindak ganas apabila dia menampar seorang pejalan kaki yang didakwa tidaak memberi laluan kepadanya 



Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Honey Soo, berkongsi  tentang apa yang berlaku pada hari tersebut di akaun Facebook miliknya.

Soo mendakwa penunggang basikal itu memukulnya dan melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Dia mendedahkan bahawa dia telah membuat laporan polis, dan kini merayu untuk mana-mana saksi yang melihat kejadian pertengkaran itu tampil untuk membantu siasatan.

Sehingga hari ini posting yang dikongikan Soo telah memperoleh lebih 2,500 perkongsian.



Soo berkata, kejadian tersebut berlaku pada 26 Mac kira-kira jam 9 pagi ketika dia berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki bersebelahan dengan Sengkang East Way bersama suaminya, apabila seorang penunggang basikal di belakangnya mula membunyikan locengnya.

Memandangkan Soo cacat pendengaran, dia tidak mendengar loceng sehingga suaminya memberi isyarat supaya dia bergerak ke kiri.

Seorang penunggang basikal wanita dan lelaki melintasinya di sebelah kanan. Penunggang basikal lelaki itu merenung mereka dengan pandangan seperti tidak berpuas hati dan menggumam seolah-olah berkata kesat kepada mereka.



Penunggang  lelaki itu kemudian  terus menoleh ke belakang untuk merenungnya.

Soo dan suaminya terus berjalan dibelakang penunggang basikal yang terus memandang mereka.

 

Dan sementara menunggu lampu isyarat memberi isyarat hijau, Soo berkata penunggang basikal lelaki itu terus merenung mereka dengan agresif.

Dia mendakwa bahawa lelaki tersebut kemudian menjerit kepadanya: "Don’t know how to give way is it??"

Soo kemudian nya menjelaskan kepada lelaki itu tentang masalah pendengarannya, tetapi lelaki itu tetap melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

SSoo kemudian nya mengeluarkan telefonnya untuk merakam kejadian itu. Tiba-tiba ahaja lelaki itu menampar pipi Soo.

Soo memberitahu lelaki itu dia akan menghubungi polis, dan lelaki itu kemudian cuba melarikan diri walaupun lampu isyarat belum bertukar hijau.

Mujurlah sebuah keleuarga India yang turut berada disitu berjaya menghalangnya dari melarikan diri



Lelaki itu kemudian nya menunggang basikalnya terus ke arah suami Soo sebelum cuba melarikan diri sekali lagi, dan mengejeknya dengan mengatakan bahawa tindakan Soo memanggil polis adalah sia-sia kerana polis tidak boleh melakukan apa-apa kepadanya

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, lelaki itu terus menunggang basikalnya dan pergi dari situ

Walaupun Soo dan suaminya cuba mengejar, mereka akhirnya kehilangan jejak lelaki tersebut

Soo berkongsi bahawa dia kemudiannya membuat laporan polis sejurus selepas pertengkaran di Balai Polis Kejiranan Sengkang.




Soo yang merayu orang ramai untuk tampil membantu siasatan menjelaskan penyerang tersebut adalah seorang lelaki Melayu berumur lewat 30-an/awal 40-an, tinggi sekitar 170+ cm dengan kulit sawo matang. Dia memakai jersi berbasikal "Camel Smokercross" lengan panjang hitam,orange sports sunglasses dan "British Cycling" putih balaclava. Dia berkemungkinan penduduk Sengkang/Punggol.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan