RESEPI AIS SUSU TEMBIKAI UNTUK JUADAH BERBUKA PUASA

RESEPI AIS SUSU TEMBIKAI UNTUK JUADAH BERBUKA PUASATak lama je lagi kita dah nak masuk ke bulan Ramadhan. So saya pun nak start kongsikan beberapa juadah berbuka yang best-best untuk korang cuba. Bulan Ramadhan bulan yang istimewa so tak salah kita nak meraikan ramadhan dengan hidangan yang istimewa disamping kita memperbanyak kan amal ibadah kita. Biarlah seimbang dunia dan akhirat.



Untuk resepi juadah berbuka puasa yang sedap-sedap ini saya ambil dari sumber di facebook dan instagram. Kali ni saya kongsikan Resepi Ais Susu tembikai yang sangat sedap dan menghilangkan dahaga malah menambah tenaga supaya dapatlah korang melakukan solat terawih.

Kalau makan makanan tak berkhasiat takut nanti baru separuh jalan terawih dah rasa letih dan lapar.

Air Tembikai Paling Sedap


Resepi Ais Susu Tembikai ini dari Instagram Saudara Rikhatiwi.

Jom kita tengok bahan-bahan nya.

1 biji  Tembikai saiz sederhana
1 tin susu pekat manis ( Boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
air 1 jug besar
1/2 tin susu cair
2 cawan nata decoco bersama airnya.
sedikit esen vanila.
Selasih yang sudah direndam dengan air panas.


Cara-Caranya.

1- Potong tembikai kecil2 atau boleh scoop guna sudu.
2- Bancuh susu pekat dengan air dan tambahkan susu cair dan esen vanila
3- Kemudian masuk kan semua bahan ke dalam Susu yang sudah di bancuh tadi.
4- Kacau sebati
5- Masuk kan kedalam peti sejuk.
6- Hidangkan ketika berbuka puasa.


selamat mencuba dan terima kasih untuk mbak Rikhatiwa untuk resepinya yang enak bangat. :)

 
/>

Catat Ulasan

0 Ulasan