REVIEW : BERBALOI BELI 42 " ANDROID TV SHARP

REVIEW :  BERBALOI BELI 42 " ANDROID TV SHARP | Ada anak lelaki yang suka main bola ni kena la bersedia dengan macam-macam kerosakan dalam rumah. Kalau tak sebab PKP mungkin boleh la anak nak main bola di luar. Tapi kalau nak keluar rumah pun tak boleh , dia pun curi-curi la tendang bola dalam rumah. Banyak kali dah pesan jangan main bola dalam rumah. Bukan tak pesan. Banyak kali jadi singa.




Tapi dah namanya budak-budak selagi tak pecah, tak rosak memang tak de rasa serik dan takut. Bila dah jadi baru la serik. Serik tu sebab tak dapat tengok kartun kegemaran dan perlawanan bola sepak. Gara-gara tv rosak sebab terkena bola, mampu termenung je la. Nak minta phone , dah tentu la ibu tak bagi. Phone cuma untuk PDPR je..

Seharian la juga dia duduk diam je. Tapi ibu dan ayah pula yang sunyi sebab tak de tv.  Cemana nak tengok drama korea???

Jadi  nak tak nak kena la beli juga tv. Awalnya kami nak beli tv biasa saja. janji boleh tengok tv. Tapi terkejut bila tanya harga tv biasa saja hampir rm1000. Kau raseeee???? Nak pitam dengar. Tv saya sebelum ni harga rm500  32 ". RM500 je... Tak sangka lepas 6 tahun tv yang biasa tu dah harga hampir 1k. 

Kata promoter Siang tu , semua barang elektrik naik harga. Sebab MCO semua naik harga"   Saya  macam tak tahu kat mana hubung kaitnya nak naik kan harga barang elektrik sebab MCO. naik 50 % tau. Mujur saya tak pitam dalam kedai tu. Nanti nampak sangat saya kedekut. 

Tauke kedai letrik tu punya la pujuk supaya beli tv harga dekat rm1000 tu. Bila fikir-fikir baik kami tambah sikit duit dan beli tv yang lebih baik.Memandangkan kat rumah pakai unifi , lagi best kalau ada android tv.

Selepas dekat 10 minit main bisik2 depan taukey cina tak berenti-renti bercakap tu , kami pun minta la nak tengok android tv yang bagus. Dan dia cadangkan Android TV Sharp saiz 42 '. Tanya saiz yang 32" tak de pula. Ruang tamu rumah saya kecil je. Tak sesuai pakai tv besar. Dalam rumah pulak semua rabun. nampak gaya hujung tahun ni semua tambah power spek la nampaknya.

Ini lah dia Android Tv yang saya beli tu .

Sharp 42" Full HD TV
Model: 2T- C42BG1X

Smart platform: Android TV
Android Version: Android 9.0
Preinstalled Apps: Yes
App Store (Google Play StoreTM)

Screen Size (Diagonal): 42"(105cm)
Resolution: 1,920 x 1,080
Net Weight - without stand (kg): 7.7

Price: RM1500

Yang best tentang android tv ni ialah nak setting dia senang saja. Mula-mula on tv dan kemudian ikut saja step yang tertera di layar. Guna remote saja untuk setting. Kemudian log in guna email dan dah boleh guna. Budak-budak pun senang faham. 

Cuma nak log in tu je la kena taip guna remote tu. Kalau pasword panjang ,acam saya ni, memang jenuh juga la nak taip satu2 huruf.

Gambar pun cantik. 

Lepas setting dan log in, gini lah paparan dalam android tv tu. Sama je la kot macam android tv lain. 


Guna remote saja untuk setting.


Paparan youtube


Paparan aplikasi yang tersedia.


Inputs . Port hdmi ada 3. Puas hati la nak cocok macam².


Google play store penting untuk update macam2 aplikasi video.



Smart TV atau Android TV?

Ramai yang fikir smart tv lebih bagus tapi bagi saya android tv lebih baik dan berbaloi. Smart tv memang mahal tapi yang tak best nya ialah tak banyak app yang boleh kita install dalam tv kita. 

Berbeza dengan android tv ada beribu aplikasi di google store yang boleh kita muat naik. Setakat ni saya dah install beberapa aplikasi yang selalu saya dan anak-anak guna untuk menonton video, drama dan filem.

Nak install pun senang , cuma guna playstore je.

Selain tu apa yang menariknya, android tv akan diupdate oleh pihak pengeluar. Berbeza dengan smart tv yang tak ada update dari syarikat yang mengeluarkan smart tv ni. 

Ok . Tu saja nak cerita tentang produk yang best dan berbaloi beli ni. Sebenarnya saiz tv 42" ni agak besar untuk ruang tamu saya. 

Sepatutnya saiz yang sesuai ialah bawah 40". Tapi tak de pilihan saiz pulak. Lama2 mata jadi biasa dah tonton. Nanti masing2 kena tambah power spek la nampaknya. 🤣

Tu je.. bye.

Post a Comment

0 Comments