REVIEW DAN SINOPSIS : SA BALIK BAJU

REVIEW DAN SINOPSIS : SA BALIK BAJU | Filem yang mengisahkan tentang cabaran yang dilalui dalam kehidupan wanita sebagi isteri, wanita hamil, kekasih, anak, pekerja.

Filem arahan Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram terbitan Redcomm ini ditayangkan disaluran Netflik sejak 21 Oktober lalu. Filem ini mendapat perhatian ramai dan dikatakan ebagai filem tempatan terbaik bagi tahun 2021. 

 



Filem ni sangat bagus untuk tontonan rakyat Malaysia agar dapat membuka mata tentang isu-isu melibatkan wnita . Filem mengenai kehidupan dan cabaran yang dihadapi orang perempuan. Saya sendiri tonton bersama dengan anak perempuan supaya dia lebih paham dengan kehidupan kita ni.

Isu tentang influence, rumahtangga,wanita mengandung, cinta online, kerja, dan macam2 lagi. 

Realiti kehidupan dizaman sosial media ni . Semuanya ada dalam filem ni. Mujur ada netfix boleh la kita tengok filem tempatan macam ni.



Kalau nak harap filem gini dalam astro first atau kat panggung wayang memang tak dapat la. Dalam siaran tv3,rtm ,lagi la tak dapat. Ada isu2 dalam filem ni yang sya rasa salah satunya ada kena mengena dalam hidup korang.

Kalau tak de, mungkin korang boleh tonton untuk lebih memahami keadaan orang lain.

Pelakon-pelakon semua berjaya bawak watak dengan baik. Walaupun lakonan Kaka dikritik ramai sebab macam kaku tapi satu yang patut dipuji sebab watak yang dia bawak tu bukan mudah. Bayangkan walaupun lakonan saja tapi kita nak bercakap tentang fizzikal sendiri memang la malu2.



Siap kena menggayakan pulak. Untuk pelakon yang tak biasa bawak watak macam ni meti lah kan kekok jugak.

Tapi bagi saya ok la dia macam kekok dengan lakon kan watak tu. Bercakap pasal payudara sendiri bukan benda biasa. malu2 tu kena ada la jugak. kan?

Bagi saya isu isteri cemburu sebab suami pernah curang tu paling menarik. Isteri selalu post gambar suami disosial media . Suami pula tak selesa . Isteri ramai follower dan nak tunjuk pada pengikut nya yang kehidupan nya bahagia. Realitinyaa dia sering berasa curiga dengn suami sebab suami pernah curang sebelum mereka berkahwin.



Ramai yang macam ni tau.Lebih baik bhagia tu kita sendiri je yang rasa . Tak perlu tayang2. Buat apa nak memuakan hati orang lain sedangkan hati sendiri merana. Ramai jugak yang terpukul dengan kisah pasangan suami isteri ni.

Rating untuk filem ni saya bagi 8\10. Kurang 2 sebab saya ada kurang dalam kisah cinta online tu. Macam terlalu banyak kebetulan. isu tu pulak tak terlalu penting untuk wanita kot. Pendapat saya je la..

Untuk lakonan Nadia Nadiya Nissa dan Juliana Evan saya bagi markah penuh , Rsa nak peluk dua2orang ni. Puas hati tengok lakonan diaorang. memang best,



Pelakon

Nadiya Nissa

Elena Laurel Moujing

Juliana Evans

Sarancak

Mira Filzah

Kaka Azraff

Jo Kukathas

Chelsia Ng

Kahoe Hon

Jad Hidhir

Nicole Rinai Joachim

Alif Satar

Amirah Azmi

Lee Yvonne

Idris Khan

Haleeda

Azman Hassan

Joanne Kam

Lagi Macam Ini


#reviewbydiana

Post a Comment

1 Comments

  1. bagus cerita begini untuk penghayatan dan membawa mesej untuk kita semua

    ReplyDelete