KANAK-KANAK NAKAL KUNCI LEHER IBU DENGAN U-LOCK TAPI TERLUPA KOD KUNCI

Seorang ibu memasuki balai polis meminta pertolongan untuk membuka kunci basikal yang berada di lehernya. Kejadian yang berlaku pada 7 oktober lalu membuatkan polis menemui jalan buntu apabila mereka sukar melepaskan Bicycle U-Lock di leher wanita tersebut.



Pada 7 Oktober, seorang ibu muda memasuki sebuah balai polis di Huai'an, Provinsi Jiangsu, China, dengan rantai pelik di lehernya . Alat tersebut ialah pengunci basikal yang berwarna kelabu dan kuning yang berbentuk U. 

Dia memberitahu salah seorang polis di sana bahawa anaknya bermain dengan kunci ketika berada sebelahnya. Dia yang waktu itu sedang membersihkan tandas tiba-tiba didekati anaknya dan kanak-kanak itu terus meletakkan kunci basikal berbentuk U di lehernya dan menguncinya. 

Pada walnya dia menganggap apa yang dilakukan anaknya sesuatu yang lucu kerana dia tahu kod untuk membuka kunci tersebut, tetapi tanpa dia sedar kanak-kanak tersebut telah mengubah kod pada kunci itu. Wanita itu mula berasa risau apabila anaknya tidak mengingati nombor kod kunci yang telah diubah.




"Saya sedang membersihkan tandas, dan anak saya bermain dengan kunci basikal di sebelah saya," kata wanita yang tidak disebutkan namanya itu kepada polis . "Dia tiba-tiba meletakkannya di leher saya dan menguncinya. Saya tidak dapat membukanya dengan kod yang telah saya tetapkan dan saya tidak tahu berapa kali dia mengubahnya, jadi saya panik. "

Polis memeriksa kunci itu dan memutuskan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu wanita itu, jadi mereka memutuskan untuk memanggil sepasukan anggota bomba ke itu. 

Ahli Bomba mengambil tuala kecil dan meletakkannya di antara leher wanita itu dan kunci basikal. Proses memotong besi kunci basikal tersebut dilakukan dengan sangat berhati-hati supaya tidak mencederakan wanita malang itu.



Ketika kunci itu berjaya dibuka wanita itu menghela nafas lega. Salah seorang anggota bomba menasihatkan wanita tersebut agar membawa anaknya berjumpa mereka agar dapat mereka mensihatkan anak nya.  "Anda harus membawa anak anda ke sini, kami akan membantu mendidiknya," 

Kisah wanita itu dan rakaman video mengenai kunci tersebut menjadi viral di media sosial China, dengan kebanyakan netizen memberi komen mengenai perlunya batasan yang ditetapkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan situasi seperti ini.

Post a Comment

1 Comments