SUAMI PANIK AIR KETUBAN ISTERI PECAH SEMASA MENONTON PERLAWANAN BOLASEPAK MAN UNITED - LIVERPOOL

SUAMI PANIK AIR KETUBAN ISTERI PECAH SEMASA MENONTON PERLAWANAN BOLASEPAK MAN UNITED - LIVERPOOL | Pasangan warga Singapura Nash dan Rifdi, yang merupakan peminat Man United, sedang bersorak di hadapan kaca televisyen menyokong pasukan kegemaran mereka.



Sehinggalah berlaku perkara yang tidak dijangka pasangan suami isteri ini .Nash yang ketika itu sedang sarat mengandung, menyedari air ketuban nya pecah .Suasana panik  itu dirakamkan pada kamera CCTV di rumah pasangan itu, dan Nash menyiarkan rakaman itu di akaun Instagramnya .

Dalam rakaman itu, Rifdi, yang memakai jersi Man United, kelihatan bingung apabila menyedari isterinya yang sedang hamil akan bersalin

Bercerita mengenai pengalaman itu, Nash berkata dia mengingati kejadian tersebut dan  merasakan situasi tersebut lucu, walaupun ketika kejadian keadaan sangat serius.


"Saya ketawa apabila air ketuban pecah dan suami saya fikir saya bergurau sehingga saya menunjukkan kepadanya kesan air ketuban di atas sofa."

Sebelum mereka keluar dari rumah untuk menuju ke hospital , Nash terpaksa mengingatkan Rifdi untuk membawa dompet, kad pengenalan dan kad temu janjinya, kerana suaminya itu masih kelihatan bingung.

Menurut Nash, dia tiba di hospital sekitar jam 12:30 pagi pada 25 Okt. Bayi itu selamat dilahirkan pada jam 3:02 petang. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Saya bersalin normal tanpa epidural dan tiada jahitan jadi saya baik-baik saja. Bayi kami juga baik-baik saja dan berharap untuk menjadi peminat Man U juga."

Nash dan Rifgi  telah menjadi peminat Man United selama 19 tahun. Nash yang gemar menonton bola sepak sejak kecil berkata, dia akan sentiasa menemani Rifdi di hadapan kaca TV ketika Man United beraksi.

Man United akhirnya tewas 5-0 kepada Liverpool.

Apabila ditanya perasaan mereka apabila tidak dapat menonton baki perlawanan Nash berkata:

"saya gembira kami tidak menonton baki perlawanan. Suami saya tentu akan menangis di rumah disebabkan kekalahan Man United dan bukannya menangis di wad bersalin."


Catat Ulasan

0 Ulasan