UPAH TEBANG POKOK MANGGA YANG BERUSIA LEBIH 12 TAHUN

TEBANG POKOK MANGGA YANG BERUSIA LEBIH 12 TAHUN | Memang dah lama berniat nak tebang pokok mangga di depan rumah ni. Kewujudan nya memang memberi banyak masalah. Pengajaran juga pada diri sendiri supaya tak menanam pokok yang besar didalam pagar rumah terutamanya jika kita tinggal dikawasan perumahan.



Ada banyak sebab kenapa pokok mangga ni perlu ditebang. Pertama sekali daun-daun nya yang gugur hingga memasauki rumah jiran. Walaupun pokok ni memang membuatkan kawasan rumah teduh dan haba panas tak masuk ke rumah tapi lebih banyak perkara yang menyusahkan kami berbanding kebaikan nya.

Akar pokok mangga ni juga membuatkan longkang retak dan paip air pecah. 

Bukan senang nak cari orang yang sedia untuk tebang pokok dikawasan taman perumahan. Kerana pokok seperti ini perlu ditebang dan dibuang terus. kalau dikampung tak jadi masalah untuk longgok kan dahan-dahan pokok sehingga kering supya mudah dibawa. 

Tapi dikawasan perumahan , sebaik sahaja pokok ditebang perlu terus dibuang. Itu menjadi punca mengapa kami mengambil masa hampir setahun untuk mendpatkan orang yang bersedia menebang pokok mangga ni.Di tambah pula dengan pelaksaan PKP sejak 2020 membantutkan perancangan untuk menebang pokok ini.



Kerana pokok ini juga kami terpaksa menangguhkan rancangan untuk memasang awning di hadapan rumah.

Sebaik sahaja pulau pinang diistiharkan memasuki fasa 2, suami terus menghubungi tukang tebang pokok. Alhamdulillah ada yang bersedia untuk mengambil kerja-kerja ni. Pokok mangga ni saiznya besar,. Daun nya juga rimbun. Harga upah menebang dan membuang hanya rm800. 

Alhamdulillah dapat pulak tukang tebang yang kenakan harga murah.

Sebelum ini suami saya ada letak kan racun pada pokok tapi tak berhasil. Pokok tetap menghijau dan tak nampak tanda-tanda nak mati.




Sekarng pokok dah siap ditebang dan hanya menunggu akarnya reput dan mati.Suami saya dah letak kan racun pada tunggul pokok dan akarnya. Sebaik sahaja akarnya mati dapatlah kami meneruskan kerja-kerja ubah suai rumah nanti.

Harga Tebang pokok  dan buang- RM800

telefon : 

Kawasan : Simpang Ampat Pulau Pinang




Post a Comment

1 Comments

  1. kak akar tu kena bakar baru betul2 mati rasanya..sbb pernah tgk jiran buat dia bakar akar tebal tu..

    ReplyDelete