YOUTUBER AMERIKA MENYESAL TOLAK TAWARAN SQUID GAME

YOUTUBER AMERIKA MENYESAL TOLAK TAWARAN SQUID GAME | Seorang YouTuber di Korea yang menolak peluang untuk tampil dalam rancangan Netflix yang popular " Squid Game " mendedahkan yang dia berasa menyesal kerana menolak tawaran tersebut.



Dalam sebuah video yang disiarkan pada 26 September, YouTubers yang menetap di Korea ,Raye & Jin bercakap tentang mengapa Raye menolak peluang yang awalnya dirasakan aneh itu.

Raye, yang berasal dari Minnesota di Amerika Syarikat, mengakui betapa terkenalnya rancangan tv "Squid Game" di seluruh dunia hinggakan ibu dan keluarganya juga menonton "Squid game" .

Walau bagaimanapun Raye mengatakan bahawa dia menyesal disebabkan rancangan itu.

Dia mendedahkan bahawa dia telah menerima DM Instagram pada Oktober 2020 yang mengatakan bahawa mereka sedang mencari model untuk produksi. Raye awalnya berasa curiga kerana dia tidak tahu nama produksi yang melamarnya.

Peluang rawak seperti ini kerap diperolehi orang asing sepertinya, jelas Raye:


"Sekiranya anda orang asing yang boleh  berbahasa Korea dan aktif menggunakan media sosial, anda akan mendapat banyak peluang untuk melakukan hal seperti pemodelan, rancangan TV, iklan, filem, dan sebagainya.

Anda tidak perlu mencuba menawarkan diri.Pihak produksi sendiri akan menghantar mesej kepada anda sepanjang masa, seperti, 'Hai, ada pekerjaan untuk anda. Adakah anda mahu melakukannya? '"

Mesej aneh yang diterimanya menjelaskan bahawa sebuah produksi mencari model yang hanya akan memakai seluar dalam dan seluruh badan dan wajah akan dicat dengan sepenuhnya

Peranan itu tidak akan ada dialog, dan tidak akan bersifat seksual - "hanya seni", . Itulah ayat yang tertulis dalam mesej tersebut.

Selama tiga hari bekerja, dia akan dibayar 5 juta Won Korea Selatan (RM 17 ribu.)

"Itu nilai yang tinggi bukan?  AS $ 4,500 selama tiga hari bekerja??Saya benar-benar ingin melakukannya!"

Sebagai tambahan, tempat tinggal, serta makan siang dan makan malam, akan dibiayai oleh produksi.

Namun Raye berasa gementar apabila memikirkan tentang peranan yang memerlukan nya hanya memakai seluar dalam  tanpa pakaian.

Raye mengakui bahawa syarat tersebut membuatnya berasa gugup.Selain itu, dia tidak diberitahu lebih terperinci mengenai projek tersebut, kerana biasanya produksi akan merahsiakannya sehingga pelakon muncul di lokasi.

Oleh itu, Raye menolak tawaran tersebut.




"Saya tidak tahu projek tersebut adalah untuk Squid Game. Rancangan nombor satu di dunia yang akan menjadi sangat popular 

Lain kali, saya akan katakan ya! "

Jika Raye menerima tawaran "Squid Game" Raye  akan menjadi salah satu watak yang akan muncul dalam babak di sekitar bilik VIP pada episod ke tujuh.

Post a Comment

0 Comments