UNITED AIRLINES DEDAH BAKAL PECAT 593 PEKERJA YANG MENOLAK VAKSIN COVID 19

UNITED AIRLINES DEDAH BAKAL PECAT 593 PEKERJA YANG MENOLAK VAKSIN COVID 19 | United Airlines mengumumkan dua hari lalu bahawa akan memecat 593 pekerja yang enggan diberi vaksin Covid-19.

Selain itu 2000 pekerja lain juga meminta United Airlines dikecualikan daripada vaksinasi atas sebab perubatan atau agama.



Laman Al Arabiya melaporkan, hampir 2600 pekerja mewakili sekitar tiga peratus daripada jumlah pekerja United Airlines yang berjumlah 67,000 orang.

Syarikat penerbangan AS mengumumkan pada awal bulan Ogos bahawa semua pekerja diminta untuk menerima vaksin dan memuat naik kad vaksin mereka ke dalam sistem syarikat.

"Ini merupakan pencapaian bersejarah bagi syarikat penerbangan dan pekerja kami serta pelanggan dan komuniti yang kami layani," - Ketua Eksekutif United Airlines Scott Kirby dan Presiden Brett Hart.

"Alasan kami untuk mewajibkan vaksin untuk semua pekerja yang berpangkalan di AS cukup mudah - agar semua orang selamat. Setiap orang berasa lebih selamat ketika semua orang sudah diberi vaksin."



"Bagi mereka yang memutuskan untuk tidak diberi vaksin, sayangnya kami akan memulakan proses penyingkiran dari syarikat penerbangan mengikut budi bicara  dan polisi kami," memo itu menjelaskan. "Ini adalah keputusan yang sangat sukar tetapi menjaga keselamatan pasukan kami adalah  keutamaan kami. "

Pekerja yang dipecat kerana tidak mendapatkan vaksin akan diberhentikan dengan alasan melanggar polisi keselamatan syarikat, yang akan menyebabkan mereka tidak layak mendapat pampasan dari pemberhentian perkhidmatan mereka.

Sebaik pengumuman tersebut disiarkan , jumlah pekerja yang tidak memuat naik  kad vaksinsi mereka mula menurun kepada 100 orang pada selasa yang lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan