HILANG BERJAM-JAM DI HUTAN RUPANYA LELAKI INI MENYERTAI PASUKAN PENYELAMAT MENCARI DIRINYA SENDIRI.

HILANG BERJAM-JAM DI HUTAN RUPANYA LELAKI INI MENYERTAI PASUKAN PENYELAMAT MENCARI DIRINYA SENDIRI | Seorang lelaki Turki yang mabuk, masuk ke dalam hutan, hilang berjam-jam, dilaporkan hilang, dan akhirnya ditemui sedang bergabung dengan pasukan penyelamat untuk mencari dirinya.



Beyhan Mutlu, 50, tinggal di wilayah Bursa barat laut di Turki.

Dia dilaporkan hilang pada hari Selasa setelah minum terlalu banyak dan mabuk. Dia kemudian nya  meninggalkan rakan-rakannya, dan berjalan sendiri masuk ke dalam hutan.

Tak lama kemudian,  dia dilaporkan hilang selama beberapa jam. Operasi mencari mula dilakukan untuk mencarinya. 

Kenderaan penyelamat dan anggota berpakaian jaket dan topi keledar keselamatan mula memasuki kawaasan hutan dalam cahaya samar.

Seperti kisah tidak masuk akal tapi berakhir dengan berita gembira, Mutlu rupanya bergabung menyertai pasukan  sukarelawan tanpa mengetahui bahawa mereka berkumpul dan memaaasuki hutan tersebut untuk mencari dirinya

Ketika sukarelawan menjerit memanggil namanya, Mutlu menjadi bingung.

Saluran berita NTV , melaporkan bahawa  dia kemudian nya bertanya kepada pasukan penyelamat , siapa yang mereka cari. Sebaik pasukan memberitahu nama lelaki yang mereka cari Mutlu terus menjawab 

"Saya di sini."



Ketika itu juga polis menyedari bahawa lelaki yang mereka cari sebenarnya turut serta dalam misi pencariannya sendiri.

Selepas itu Mutlu dibawa oleh salah seorang penyelamat untuk diambil keterangaannya

"Jangan hukum saya tuan. Ayah saya akan membunuh saya," katanya kepada pihak polis sebaik keterangan nya diambil. 

Pasuka penyelamat kemudiannya menghantar Mutlu pulang kerumah.

sumber : Twitter  

Catat Ulasan

0 Ulasan