REVIEW DAN SINOPSIS : KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN | Satu lagi buah tangan dari pengarah Azizi Chunk Adnan untuk tahun 2021. Kalau sebelum ini 10 Tips tipu Bini menjadi pertaruhan, kali ini Kampung Latah Kena Kuarantin pula muncul menghiasi Astro First sejak 9 september lalu.



Filem genre Komedi ini turut dibintangi oleh ramai pelakon komedi baru dan lama:

Azhan Rani sebagai Ajin

Nazia Mustafar sebagai Jamilah

Ieda Moin sebagai Eton

PS Mansur sebagai Din

Elisya Sandha sebagai Juanita

Joey Daud sebagai Apoi

Bell Ngasri sebagai Abon

Wanns Ahmad sebagai Anjang

Awie sebagai Dukun Palermo

AR Badul sebagai Tok Ketua

Ustaz Syamsul Debat sebagai Bro Aji

Riezman Khuzaimi sebagai YB Hazil

Roy Azman sebagai Pegawai Perubatan

Acong Sweetchild sebagai Opera Cina

Mak Wan Latah sebagai Mak Jenab

Filem ni sangat menarik diawal cerita. Dengan aksi lucu pelakon-pelakon yang melatah. Tambahan pula dialog yang kelakar. Terhibur menonton nya tapi cuma diawal 30 minit sahaja. Kalau kerap-kerap tengok orang melatah pun bosan juga.kan? Terlalu banyak sangat babak melatah dalam filem ni. Sampai timbul rasa kasihan pula.



Tajuk filem Kampung Latah Kena Kuarantin tapi tak nampak macam kena kuarantin pun. penduduk kampung asyik berkumpul.Siap buat pertandingan. So tak paham kenapa nak guna tajuk kuarantin sedangkan tak kuarantin.

Ada juga rasa macam filem ni nak tiru filem Kampung Pisang. Tapi mungkin tak berapa menjadi. Jurukamera pula sibuk fokus orang melatah je walaupun waktu tu ada dialog dari pelakon lain. Tapi sebab ada pelakon melatah jadi kamera fokus pada pelakon yang melatah. Saya macam rimas jugak disitu. 

15 minit sebelum tamat mula la start skrip merapu. nampak macam dialog spontan dari pelakon-pelakon je. Maaf kalau saya salah. Tapi kalau dalam skrip ada dialog-dialog macam tu, nampak tukang tulis skrip macam dah hilang idea nak buat soalan teka teki. 

Sealunya kalau filem komedi tempatan , walaupun saya rasa tak kelakar tapi anak-anak saya akan rasa kelakar. Tapi tidak untuk filem ni. 30 minit saja mereka duduk menonton. Lepas tu masing-masing buat hal sendiri . Gagal memikat hati kanak-kanak jugak. Mungkin anak-anak sekarang tak tahu tabiat melatah tu apa, sebab anak saya macam pelik melihat tiba-tiba pelakon-pelakon menjerit dan sesekali menepuk-nepuk lantai dengan aksi pelik. 



Sinopsis

Ajin seorang pemuda kampung yang sangat aktif memajukan kampung Latah yang kerap dikunjungi pelancong luar dan dalam negara. Penduduk nya yang ramai melatah membuatkan kampung ini sangat terkenal.

Ajin dan Juanita sudah berjanji untuk berkahwin. Namun Apoi, anak ketua Kampung Sebelah juga menaruh hati pada Juanita. Juanita menolak pinangan Apoi dan ini membuatkan Apoi berdendam dengan keluarga Juanita.

Satu hari Kampung Latah tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian misteri dimana mereka yang melatah dan menyebabkan kemalangan berubah menjadi biru dan koma. Juanita salah seorang yang menjadi mangsa. 



Demi menyelamatkan Juanita dan penduduk Kampung Latah Ajin bersama orang kampung dan ketua kampung berusaha merungkai misteri tersebut dan mencari punca bagi mengatasi masalah yang menimpa Kampung latah.

Selamat Menonton.

Catat Ulasan

0 Ulasan