SIDE EFFECT SELEPAS SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC DOSE PERTAMA DAN KEDUA

SIDE EFFECT SELEPAS SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC  | Pada 14 July yang lepas saya sudah pun menerima vaksin Sinovac dose pertama. Saya mendaftar untuk mendapatkan vaksin pada february 2021. Kemudian pada june saya mendapat tarikh Vaksin AstraZaneca. Malangnya tiada PPV berdekatan tempat tinggal saya. Tak sampai sebulan kemudian tarikh Vaksin di PPV yang berdekatan diberikan.




Alhamdulilllah , selepas semingggu menerima suntikan, saya hanya mengalami kesan sampingan yang ringan dan kini saya sudah sihat dan semua kesan sampingan yang dirasai selepas suntikan Vaksin Sinovac sudah hilang.

Seperti yang dikongsikan rakan-rakan saya yang lain, mereka juga mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin Sinovac. Kesan sampingan bergantung kepada seseorang. Setiap orang mengalami kesan sampingan yang berbeza.

Untuk pengetahuan semua sebelum ini saya mempunyai alahan dan selalu mengalami Gegata atau pun Urtikaria. Frontliner yang bertugas menerangkan yang saya selamat untuk di vaksin. Jadi pastikan sebelum di vaksin anda menerangkan semua alahan atau penyakit yang sedang dan pernah anda alami.



Side Effect Selepas suntikan Vaksin Sinovac Dose Pertama

Seperti yang diketahui ramai , vaksin Sinovac paling kurang mempunyai side effect yang teruk. Rata-rata yang sudah menerima Vaksin Sinovac akan mengalami rasa sengal di bahu dan rasa lapar yang luar biasa.

Saya menerima suntikan Vaksin Sinovac pada jam 11.25 pagi. Sebaik selepas suntikan, frontliner yang bertugas akan meminta kita agar berehat sebentar sebelum pulang. Ini bagi memastikan dalam masa 15 minit selepas suntikan kita tidak mengalami kesan sampingan yang teruk seperti sesak nafas.

Alhamdulilllah, selepas 15 minit saya dibenarkan pulang. Saya juga tidak mengambil sebarang ubat tahan sakit sepanjang mengalami kesan sampingan suntikan Vaksin Sinovac dose pertama.

1- Rasa sengal dan lenguh

Side effect pertama yang saya rasai selepas menerima suntikan Vaksin Sinovac ialah rasa sengal dibahagian bahu, leher sehingga ke bahagian belakang. Rasanya seperti kita duduk terlalu lama di hadapan komputer.

Untuk mengatasi rasa lenguh dan sengal saya kerap berbaring dan menghad kan pergerakan. Saya juga tidak melakukan kerja-kerja mengangkat barang yang berat.

2- Mengantuk yang luar biasa

Kesan sampingan kedua saya alami selepas beberapa jam suntikan Vaksin Sinovac ialah rasa mengantuk yang luar biasa. Saya rasa sangat letih dan mengantuk pada awalnya. Lama-kelamaan rasa mengantuk tersebut hilang. Namun ianya akan muncul semula selepas beberapa jam.

Rasa mengantuk ini berlarutan sehingga hari ke empat selepas menerima vaksin.Ada juga yang mengatakan rasa mengantuk sehingga seminggu lamanya.

3-  Rasa Lapar

Seperti orang lain yang menerima suntikan Vaksin Sinovac, saya juga mengalami rasa lapar yang luar biasa. Selepas bangun tidur saya berasa seperti perut kosong sedangkan saya sudah makan beberapa jam lalu. 

2-3 jam selepas makan , perut akan kembali berapa lapar.Untuk menggantikan makanan berat , saya minum oat dan milo dalam selang waktu makan supaya saya tidak makan berlebihan. Saya jugak banyak makan ayam , ikan dan sayur. Makanan manis akan membuatkan perut saya lebih cepat berasa lapar.

4- Haid datang awal seminggu. Tarikh haid berubah ketara. sebelum ini saya tidak pernah mengalami masalah hadi datang awal. Tapi kali ini haid datang seminggu awal tanpa saya rasa kesan awal yang biasa saya alami sewaktu haid. Tiada rasa sakit perut, lenguh kaki  dan sebagainya. Sedar-sedar haid datang sebaik  14 hari selepas vaksin.




Kesan suntikan Vaksin yang paling kerap dialami penerima Vaksin

Bagi yang sudah menerima suntikan Vaksin tidak kira vaksin Sinovac, Pfizer atau  Astrazaneca, berbagai kesan sampingan turut dirasai.

1- sakit kepala
2- rasa sengal dibahagian bahu suntikan
3- Rasa lapar
4- Mengantuk
5- Deman 
6- Sengal diseluruh badan
7- haid lambat/cepat
 
Bagi yang tidk mengalami apa-apa kesan sampingan bukan lah bermakna frontliner menyuntik syringe yang kosong pada anda.Tidak juga bermakna vaksin kurang berkesan jika penerima suntikan tidak mengalami kesan sampingan, sebaliknya semua dilindungi.

Kesan sampingan bergantung pada sistem imun dalam badan . Kesan sampingan akan lebih dirasai jika sistem imun dalam badan kuat.

Kesan sampingan seperti demam dan sengal-sengal adalah tanda baik bahawa tindak balas imun berfungsi.

Saya akan kongsikan lagi kesan sampingan selepas menerima dose kedua pada awal Ogos nanti. Semoga kita dapat mencapai herd imunity secepat mungkin agar dapat dilindungi dari Covid-19 yang semakin mengganas.

Update selepas dos kedua pada 4/8/2021

Side Effect Selepas Suntikan Vaksin Sinovac Dos kedua

Pada 4/8/2021 saya sudah menerima dos kedua suntikan Vaksin Sinovac. Proses kali ni lebih mudah. Tak sampai 5 minit berada di PPV semua urusan vaksinasi telah selesai. 

Apa yang saya sedari suntikan kedua berasa agak sakit berbanding dos pertama. Saya juga tak perlu menunggu selepas suntikan. 10 minit selepas suntikan bahu berasa sedikit sengal akibat kesan suntikan.

Sampai sahaja dirumah rasa sakit pada tangan semakin kuat. Saya hanya berbaring dan mengelak kan melakukan kerja-kerja berat. Kali ini juga saya tidak mengambil sebarang ubat tahan sakit.

Selepas 4 hari sakit tangan semakin hilang dan saya berasa sihat sepenuhnya. Antara side effect yang saya rasai selepas suntikan dos kedua vaksin Sinovac ialah:

1- Sakit pada bahagian tangan. Rasa sakit di bahagian bawah suntikan  , dan sengal di seluruh tangan. Rasa sengal dan lenguh dibahagian kaki juga terasa seperti kita hendak datang haid.

2- Badan berasa seram sejuk seolah-oleh hendak demam. Tapi Alhamdulillah keesokan nya saya sihat dan tanda-tanda hendak demam hilang serta merta. 

Saya tidak mengalami rasa lapar dan mengantuk seperti dos pertama. side effect juga hanya berlaku dalam tempoh singkat. Sebaik pulang dari vaksin saya banyak minum air putih , kurangkan membuat aktiviti berat, banyak kan berehat dan menjaga pemakanan.

Pada yang masih belum menerima vaksin  korang tak perlu risau kerana vaksin adalah selamat. 

Post a Comment

0 Comments