ANVESHANAM : REVIEW DAN SINOPSIS

 


ANVESHANAM - REVIEW DAN SINOPSIS |Baru je lepas tonton filem ni. Korang suka filem  thriller aku highly recommend filem Malayalam ni. Yang buat filem ni bagi aku sangat menarik ialah dia punya jalan cerita macam satu teka teki. Kita akan berfikir, siapa , kenapa , bagaimana . Dan jawapan nya ada dihujung filem ni. Tapi jalan cerita dia ringkas je tapi ada suspen.

Aku ni kalau cerita melibatkan kanak2 ni memang takut sikit aku nak tengok. Sama mcam filem ni ,dia punya meruntun perasaan tu rasa lebih lagi. Pandai diaorang pilih pelakon kanak2. Dia ada satu wajah yang mudah kita nak rasa kesian dan sayang. 


Dan yang penting filem ni bukan filem merapu. Tak de babak tak logik. Dah habis tengok filem ni pun aku macam terbawa2 je perasaan. Rasa  kau sebagai ayah tak kan tak rasa anak kau patut dapat keadilan walaupun dia dah mati. Aku rasa nak meraung tengok filem ni. 

Dah la..aku sedih ni Sambung nangis dalam bilik. Aku rasa aku perlukan 3 kdrama untuk lupakan filem ni.😭😭



Sinopsis

Mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengalami kemalangan dan mati. Polis mengesyaki ada unsur jenayah dalam kematian  Ashwin.

Tapi pihak hospital dan  ibu bapa macam sembunyikan sesuatu.  Termasuk la seorang doktor yang membawa Ashwin ke hospital.

Filem wajib tonton. 

#reviewbydiana


Post a Comment

2 Comments

  1. sehingga ke hari ini saya sentiasa melihat di manakan masa saya untuk menonton movie

    ReplyDelete