PUNCA KENAPA HAID LAMBAT YANG PALING KERAP DIALAMI OLEH WANITA



Haid lambat memang merisaukan setiap wanita. Tanda-tanda tubuh badan mengalami kelainan, salah satunya ialah haid datang lewat. Itu lah yang menyebabkan wanita akan merasa cemas jika kitaran haid mengalami perubahan .


Ada beberapa punca mengapa haid lambat. Mungkin setiap dari kita tidak menyedari perubahan pada tubuh badan sehingga lah haid tidak datang. Setelah diteliti baru lah kita akan dapat mengesan apa punca nya haid lewat.


1 - Kitaran haid kita  mungkin tidak teratur dari bulan ke bulan. Ini bermakna bahawa bulan lepas kitaran kita  mungkin telah 24 hari, dan bulan ini boleh menjadi 32 hari. Perubahan kitaran haid boleh berubah bergantung kepada gaya hidup kita

2 - Tekanan juga boleh menyebabkan haid lambat dari biasa.Apabila kita stress badan kita akan mengeluarkan hormon stress yang boleh mengganggu ovulasi. kerana itu pentingnya kita mengawal stress dalam kehidupan kita supaya ianya tidak berlarutan.

Jangan terlalu memikirkan masalah dan lakukan lah perkara2 yang kita mampu.Jangan memaksa diri untuk perkara yang kita tak mampu hadapinya.

3- Tahniah..Anda mungkin hamil. :) , Lakukan ujian kehamilan untuk memastikan perkara tersebut.Kita boleh melakukan ujian seminggu selepas tarikh haid kita sepatutnya muncul.

4 - Berdiet juga boleh jadi sebab mengapa haid lambat.Malah melakukan senaman lebih dari biasa juga akan membuat kan haid lambat. kedua-dua perkara ini menyebabkan badan kita bekerja kuat . tapi kebiasaan nya proses ini akan berjalan seperti biasa jika kita mengekal kan nya.

So tak perlu risau..teruskan menjaga pemakanan dan bersenam..

4 - Pengambilan ubat baru atau kita mengambil supplement baru juga boleh menjadi punca haid lewat.. Mengambil preskripsi tertentu atau menukar ubatan  juga  boleh menjejaskan kitaran kita, jadi berbincanglah dengan doktor  jika haid terlalu lewat dari sepatutnya.

semoga bermanfaat untuk semua..

Post a Comment

0 Comments