5 PERATURAN SEKOLAH YANG PELIK DI KOREA UTARA


Korea Utara memang dikenali sebagai sebuah negara  yang aneh dan diktator. Jadi tidak hairan lah tahap kezaliman dan pemerintahan yang aneh ini merosakkan sistem pendidikan mereka . Disekolah yang sepatutnya menjadi pusat pembelajaran sosial dan akedemik untuk anak-anak seawal usia hingga remaja, dijadikan sebagai ruang untuk  kerajaan Korea Utara memastikan anak-anak ini membesar dengan ideologi Juche. "Manusia  menguasai segala sesuatu dan memutuskan segala sesuatu"

Sebagai sebuah negara yang konservatif rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan terpaksa tuduk kepada pemerintahan seorang diktator. Namun masih ada juga rakyatnya yang merasakan hidup di negara itu seperti di syurga. Semuanya bermula di sekolah.

Terdapat beberapa undang-undang sekolah yang pelik diterapkan didalam sistem pendidikan mereka. 



1- Pelajar akan menghabiskan masa berjam-jam di sekolah hanya untuk belajar betapa hebatnya pemimpin mereka. Pelajar akan diajar dan didedahkan tentang kehebatan Kim Jong Un. Guru-guru akan berulang kali menceritakan tentang pemimpin mereka yang mampu meramal cuaca, mencipta berbagai barangan terkenal, menjadi juara dalam bersukan, boleh memandu seawal usia 9 tahun dan banyak lagi perkara yang tidak masuk akal.

Sebuah stesen radio mendedahkan Jawatankuasa Pendidikan Korea Utara menetapkan "sejarah Kim Jong-un sebagai mata pelajaran sekolah rasmi". Pelajar sekolah perlu menghabiskan 81 jam pengajian selama tiga tahun.

2- Penggunaan internet yang terhad juga menyebabkan anak-anak di sekolah akan mempercayai segala cerita kosong yang diterapkan kepada mereka. Di Korea Utara, tidak sampai 30 laman web yang tersedia, dan juga dipantau dengan ketat. Laman web dan media sosial seperti facebook, twitter, youtube, tidak dibenarkan.



Kawalan penggunaan internet yang ketat ini adalah untuk mengelakkan warga Korea Utara daripada melihat dunia luar sehingga mereka tidak akan dapat melihat betapa tertindasnya mereka, kerana jika mereka melakukannya, mereka mungkin akan mencetuskan revolusi dinegara tersebut

Ini juga berlaku untuk sekolah mereka, dan internet di sana jauh lebih banyak dikawal ketat kerana sifat ingin tahu pelajar.



3-Pelajar sekolah di korea utara diwajibkan untuk melakukan satu bentuk pekerjaan kasar sekurang-kurangnya dua kali seminggu dalam sebulan. Pelajar-pelajar berusia belasan tahun ini boleh memilih untuk bekerja di ladang, membersihkan patung dan apa sahaja yang akan membuat mereka berpeluh dan juga menyumbang kepada ekonomi.

4- Kebanyaan sekolah dinegara-negara lain menetapkan pelajar perlu berambut pendek untuk lelaki dan untuk pelajar perempuan rambut perlu lah kemas. Namun berbeza di Korea Utara apabila pelajar-pelajar hanya boleh mempunyai beberapa potongan rambut yang sudah ditetapkan.



5- Pelajar-pelajar juga dilarang untuk mengikuti atau menyukai sesuatu perkara berkaitan negara barat walaupun ianya hanya sehelai seluar jeans. Filem dan lagu dari barat juga dilarang sama sekali. 

Pelajar-pelajar dan guru juga diwajibkan melapor jika ada antara pelajar dan guru yang memakai jeans, mendengar muzik dan filem barat, dan bercakap tentang negara barat. Hukuman menanti jika anda tidak melaporkan nya.

sumber: nowyouknowstuf

Post a Comment

0 Comments