CAFE 2D YANG MEMBUAT ANDA SEPERTI BERADA DIDALAM BUKU MEWARNA

CAFE 2D YANG MEMBUAT ANDA SEPERTI BERADA DIDALAM BUKU MEWARNA | Nama BW Cafe mungkin kedengaran biasa seperti cafe-cafe lain yang pernah anda kunjungi. Tapi sebaik anda memasuki cafe ini anda akan menyedari cafe ini sangat menarik.



BW Kafe pernah menjadi berita utama antarabangsa beberapa tahun lalu. Cafe 2D ini direka oleh seniman Rusia Anfisa Toshina. Pada dinding bahagian dalam kafe dilukis dengan lukisan hitam putih menjadikan ilusi seolah-olah anda  berada dalam dalam dunia dua dimensi dan dalam buku mewarna hitam putih. 

Sejak 2 tahun  ini  trend lukisan dinding dengan teknik 2D menjadi perhatian ramai pengusaha cafe dan restoran.



Konsep buku mewarna seperti ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Lukisan seperti ini pertama kali diperkenalkan di Korea Selatan, oleh pereka Cafe Yeonnam-dong 239-20 , tetapi sejak itu ianya menjadi ikutan  oleh pengusaha lain yang ingin memanfaatkan populariti reka bentuknya. 

Malah di jepun juga terdapat cafe dengan hiasan 2d yang serupa dan sekarang Rusia, dan saya yakin ada banyak lagi cafe sebegini di seluruh dunia.  


Beruntunglah jika di tempat anda mempunyai cafe  2D sebegini. Bagi yang tidak berpeluang ke Korea Selatan atau pun Rusia , sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda berpeluang mencipta pengalaman di dalam cafe 2D yang anda kunjungi walau dimana sahaja. 



Catat Ulasan

0 Ulasan