RACKET BOYS - KOREA 2021(Netflix)

RACKET BOYS - KOREA 2021(Netflix) | Kalau korang suka drama comedy dan sport korang boleh tonton drama Racket Boys ni. Boleh tengok dengan anak² terutamanya yang suka sukan badminton.



Mula² ingatkan ni drama yang serius dan cerita pasal sukan je. Rupanya drama ni tentang satu pasukan badminton yang jadi wakil sekolah diaorang.
Biasanya kalau cerita sukan je mesti watak hero tu adalah atlet yang kuat, asyik menang , banyak tekanan..kan?
Tapi ni tidak.. diaorang ni tak kuat mana pun. Lawan pun asyik kalah. 🤣🤣 Tapi belagak kuat masing² walaupun penakut sebenarnya.
Memang kelakar sangat,best dan jalan cerita menarik.

Sinopsis Racket Boys

Racket Boys mengisahkan satu pasukan badminton yang berjuang dalam setiap pertandingan yang mereka hadapi.



Yoon Hae Kàng bersama ayah dan adiknya terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman disebabkan kos hidup yang tinggi di Seoul.
Ayahnya seorang jurulatih pasukan badminton manakala Hae Kang jaguh dalam sukan Baseball. Hae kang terpaksa melupakan sukan baseball selepas berpindah ke kampung tapi secara tidak sengaja dia terpaksa menyertai pasukan badminton ayahnya.
Semakin lama Hae Kang semakin menyedari dia sangat suka kan sukan badminton. Hae Kang bersama pasukan nya memalui hari² bersama² dengan berbagai cabaran dan pengalaman menarik dan lucu di kampung tersebut.

Details

  • Drama: Racket Boys
  • Revised romanization: Racketsonyeondan
  • Hangul: 라켓소년단
  • Director: Jo Young-Gwang
  • Writer: Jung Bo-Hoon
  • Network: SBS
  • Episodes: 16
  • Release Date: May 31 - July 20, 2021
  • Runtime: Mon & Tue 22:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea
Cast

Kim Sang-Kyung - Yoon Hyun-Jong
Oh Na-Ra - Ra Young-Ja
Tang Joon-Sang - Yoon Hae-Kang
Lee Jae-In - Han Se-Yoon
Choi Hyun-Wook - Na Woo-Chan
Kim Kang-Hoon - Lee Yong-Tae
Kim Min-Ki - Jung In-Sol
Lee Ji-Won - Lee Han-Sol
Son Sang-Yeon - Bang Yoon-Dam
Shin Jung-Keun - Coach Bae
Woo Hyeon - Village Head Hong
Kim Ki-Cheon - middle school principal
Baek Ji-Won - Madame Shin
Jung Min-Sung - city husband

Post a Comment

0 Comments