VEIKK DRAWING TABLET FOR ANDROID YANG MUDAH GUNA DAN HARGA MURAH

 VEIKK DRAWING TABLET FOR ANDROID YANG MUDAH GUNA DAN HARGA MURAH | Maisara dan melukis tak boleh dipisahkan. Memang kalau dia duduk saja-saja tu nampak macam mengadap phone tu maknanya dia tengah melukis la. Zaman kita dulu melukis kat atas kertas je. Tapi zaman sekarang melukis dan guna phone.

Kita yang berbeza zaman ni, walaupun tak tahu guna cukup la kalau kita memahami kehendak dan minat budak-budak zaman sekarang ni. 

Disebabkan minat anak-anak saya pun cubalah mencari drawing tablet yang sesuai untuk Maisara gunakan di phone dia tu. Dia guna Vivo y11 je. Jadi sebelum beli kena chat dengan sorang2 seller untuk tahu sama ada phone yang Maisara gunakan ni support drawing tablet tu.

  

Boleh dikatakan kebanyakan drawing tablet boleh guna untuk phone android 6.0 ke atas. Vivo Y11 android 9.0 jadi memang sesuai la. Kemudian saya cuba cari di Shopee dan baca review-review pembeli untuk pastikan drawing tablet ni mesra pengguna. Selain tu saya juga tengok review-review di youtube. semuanya sangat membantu.

Maka bertemulah saya dengan VEIKK Graphic Drawing Table ini yang bagi saya sangat memenuhi apa yang Maisara nak. Maisara baru umur 14 jadi saya dedahkan dengan Graphic Drawing Tablet yang simple dan sesuai dengan usiaya dulu.

Nanti bila dia dah bekerja dan nak beli yang lebih canggih dan mahal sekurang-kurangnya dia dah tahu sikit2 la pasal benda ni. 


Unboxing VEIKK Graphic Drawing Tablet

Kat dalam kotak drawing tablet ni ada 7 item penting. 




VEIKK S640 V2 GRaphic Tablet 
Passive Pen
Pen Pocket
Pen Nibs
Removal tool
quick guide
Driver Reminder









Ada 3 freegift iaitu black artist glove, OTG adapter dan pen nips.
Semuanya lengkap diberi.

OTG adapter tu ada dua. satu micro USB dan satu lagi yang jenis Type C. Maisara cuma guna yang Micro USB tu je. Yang type C saya pakai untuk phone saya.



Drawing Tablet for Android

Untuk Android tak payah setting apa pun dekat phone. Cuma install saja aplikasi drawing yang korang selalu pakai.




Kemudian sambung kan drawing tablet guna Micro Usb atau Type C . cucuk kat android lepas tu terus boleh guna kat apps drawing korang. Senang je.. 

Kalau tak de apps drawing korang guna untuk scroll2 facebook dan Twitter je la. 

Drawing tablet ni kalau nak guna kat laptop atau pc korang kena install dulu. baca dia punya manual tu. kena layari website VEIKK untuk install driver. Memang senang sangat semudah ABC. chewah!

Untuk Harga rm99 aku rasa drawing tablet ni sangat bagus dan membantu korang melanvarkan kerja2 korang. Korang boleh tengok video unboxing dan tutorial menggunakan VEIKK Drawing Tablet ni di youtube.

Ramai yang dah guna dan rata-rata semuanya puas hati. Ok tu je la nak cerita . semoga bermanfaat untuk semua.

Post a Comment

0 Comments