MASIH SETIA DENGAN NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER

 MASIH SETIA DENGAN NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER | Nak kata saya ni lawa sangat tu tidak la tapi sedap la mata memandang lagi-lagi selepas dan menjadi pengguna setia Nano White Fresh Mattifying Moisturiser ni. 

Dah lebih 2 tahun saya guna  Nano White Fresh ni. Pertama kali guna memang puas hati dan terus jatuh cinta. Lagipun produk ni tak mahal pun. Walaupun tiub dia lebih kecil dari ubat gigi tapi kita guna sikit je untuk saiz muka comel macam saya.  .Kalau korang sejenis yang muka besar mungkin kena calit banyak la..Gurau je..


Yang buat saya suka tentang moisturiser ni ialah ianya berasaskan air. Maknanya bila kita pakai tu muka tak la rasa melekit. Saya kurang gemar bila pakai pelembab yang melekit sebab saya rasa macam muka saya melekat habuk yang berterbangan ni. Dah la kawasan rumah saya ni banyak habuk.

Lepas sapu cepat je pelembab ni meresap dalam kulit. Memang sangat selesa walaupun korang berpeluh-peluh.



Masa mula-mula guna moisturiser ni, saya macam tak yakin je sebab rasa macam asal pakai pelembab dah la. Tengok la dia punya tiub ni pun gambar macam budak2 je. Tapi bila dah pakai baru tau benda ni sangat best dan berbaloi beli.


Untuk 1 tiub ni boleh bertahan 1 bulan  sebab saya pakai tiap kali lepas solat. Kulit saya ni dah tua. Dah umur 40. Memang kena sentiasa pakai pelembab. Kalau tidak mula la rasa tak selesa dan segan bila suami pandang lama2. Rasa macam dia tengah kira berapa garis kedut kat muka. Jadi bila pakai pelembab tu rasa yakin la walaupun dia tengok sampai nak terkeluar biji mata. 




 Entah apa benda yang dia tulis panjang2 kat label produk ni. Saya bukan kisah pun. Yang saya tau ada water, tu kira best la untuk guna . Post ni ditulis bukan untuk review berbayar tau. Ni ikhlas perkongsian dari pengguna setia Nano White. Dah lebih 2 tahun guna..Tak kan la saya tak yakin lagi.kan?

Harga dia pun murah amat. Cuma rm21.21 sahaja beli kat watson.Kalau nak cantik comel macam saya boleh la pi beli nanti tau.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan