RESEPI PAU KUKUS INTI KELAPA YANG MUDAH DAN SEDAP






RESEPI PAU KUKUS INTI KELAPA YANG MUDAH DAN SEDAP |  Kuih Pau sangat sedap kalau di makan panas-panas.Kulit Pau yang gebu dan lembut bukan saja sedap dimakan dengan inti yang pedas malah kalau inti manis pun sedap. Pau paling senang nak dibuat ialah Pau inti kelapa.

Tapi kelapa parut pun bukan  senang nak dapat sekarang ni. Tambah pulak dengan harga kelapa parut  yang mahal hanya tempat tertentu saja mudah nak dapatkan kelapa parut.  Paling senang nak dapat tentu lah di pasar.Itu pun kena pergi awal.kalau lambat sikit tinggal tempurung kelapa je la.

Hari ni saya nak kongsikan resepi Pau Inti kelapa yang sangat sedap dan mudah. Mak saudara di kampung memang mengusahakan perniagaan kuih muih jadi resepi ni pernah dikongsikan nya pada saya.Dan sampai sekarang saya masih gunakan resepi dia .

Cara nak kukus kuih Pau ni pun tak la leceh macam kuih2 lain.. Macam saya ni kukus guna periuk nasi je..tapi bila kukus guna periuk nasi ni kena la buat comel..Tak boleh buat besar2..Nanti tak muat pulak kalau pau kita naik..

RESEPI PAU KUKUS INTI KELAPA YANG MUDAH DAN SEDAP


Ok..jom saya tunjuk kan cara mudah dan Resepi  Pau inti Kelapa yang mudah dan sedap.

bahan-bahan:

Bahan untuk membuat inti kelapa.

1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau.
setengah cawan air.
secubit garam

Bahan untuk membuat doh pau .

2 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 sudu gula
6 sudu minyak masak.
1 sudu kecil garam
1 cawan air

2 cawan air untuk mengukus

Cara-cara membuat pau Inti Kelapa 

1- masuk kan kelapa parut, gula, pewarna ,secubit garam dan sehelai daun pandan ke dalam periuk .

2- Masuk kan setengah cawan air.

3- Masak hingga naik bau pandan dan gula hancur dan semua bahan menjadi sebati.

4- angkat dan sejuk kan.

________________

**Masuk kan 2 cawan  air ke dalam periuk nasik dan tekan on. 

Cara membuat doh..

1- Masuk kan tepung ,minyak masak,yis, gula dan garam ...gaul hujung2 jari supaya sebati dan  tak berketul.

2- Lepas tu masuk kan air .uli sampai jadi doh.sampai dia jadi cantik la.kemudian ketepikan  dalam setengah jam.


3- lepas setengah jam dia dah naik tu, uli lagi ..

4- kemudian ambik la doh tu sikit. Masuk kan Inti kedalam nya ..lepas tu tutup dan letak atas daun pisang.

5- buat banyak2 lepas tu tunggu semua doh kembang.,.

6- Bila air dalam rice cooker dan panas , boleh la kukus pau-pau tu.



..kukus yang dah kembang tu dulu ye. kukus tak lama pun, dalam 15-18 minit je...lepas tu makan la panas2..

Cara ni sama je kalau korang gunakan periuk kukus yang atas dapur tu.Periuk kukus perlu dipanaskan dulu.Kalau tak panas tak cantik la kot pau korang nanti.

selamat mencuba...

Post a Comment

0 Comments