SISI GELAP PULAU PERHENTIAN - KES PECAH BILIK DAN CURI BARANG GUEST DI LONG BEACH




SISI GELAP PULAU PERHENTIAN - KES PECAH BILIK DAN CURI BARANG GUEST DI LONG BEACH  Pulau Perhentian adalah destinasi yang masih dalam perancangan keluarga saya untuk bercuti akan datang. Anak-anak saya ni paling suka tempat yang ada pantai.So kalau nak bercuti wajib pilih tempat yang ada pantai dan dekat dengan hotel.Kalau boleh nak walk in je.

Dalam saya dok google maklumat dan cari pulau-pulau best di  Pulau Perhentian ni saya ada jumpa satu post yang dikongsi di Twitter oleh seorang Vlogger.

Menurut pemilik akaun yang dikenali sebagai Ezrin ni dia mendakwa di Long Beach Pulau Perhentian ada sediket pasaran gelap yang menjual barangan curi. Sebab tu la ramai budak2 tempatan  di situ yang berani pecah masuk ke bilik pengunjung pulau tersebut untuk mencuri barangan.





 Memang menakutkan .. Bila baca screen shot perbualan di Whatsapp tu agak terkejut sebab macam tak de tindakan di ambil seolah-olah bihak resort pun dah lali dengan kes-kes macam tu dan anggap ianya sebagai perkara biasa.

Kalau saya tak nak la pergi tempat yang merbahaya macam ni. Buatnya masa tu kita ada dalam bilik tentu ianya membahayakan keselamatan kita dan anak-anak juga.

Tak dapat nak pastikan benda ni kerap berlaku atau pun tidak..Saya try juga cari di facebook kalau-kalau ada yang pernah stay di Long Beach dan alami perkara buruk macam ni.Tapi tak jumpa pun.Mungkin tak didedahkan..

Bila baca benda-benda macam ni rasanya kitaorang patut fikir balik sama ada nak stay kat pulau atau pergi pantai biasa je la.Hahha.. takut la weh.. Dah la nak pergi dengan anak-anak. 

Post a Comment

0 Comments