30 RESEPI JUADAH KUIH MUIH SEPANJANG RAMADAN YANG WAJIB CUBA

30 RESEPI JUADAH KUIH MUIH SEPANJANG RAMADAN YANG WAJIB CUBA | Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Ramai yang sudah merancang berbagai juadah kuih muih untuk berbuka nanti. Bagi yang rasa agak malas untuk ke bazar ramadhan, tentu ingin mencuba memasak sendiri kuih muih kegemaran seisi keluarga.

Disini saya kongsikan 30 resepi berbagai kuih muih yang sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Bukan sahaja mudah disediakan malah ianya sangat sedap dan menyelerakan

Sumber: Facebook dan Instagram

 1- Onde-Onde Kentang

Resepi dari sanz.tjks


Bahan Kulit :
250g tepung pulut
35g tepung beras
50g kentang, kukus dan hancurkan 
125g gula pasir
1/4 sdt vanilla
1/2 sdt garam
200 ml air
100 gr bijan putih
minyak goreng secukupnya

Bahan Inti :
100g kacang hijau rendam 1 jam
60g gula pasir
1 helai daun pandan, simpulkan
100 ml santan
1/4 sdt garam

Cara Membuat Kulit Onde -onde :
1. Campur kentang, tepung pulut, tepung beras, gula pasir, vanilla dan garam. Kacau sampai rata.
2. Panaskan air tak perlu sehingga  mendidih.
3. Tuang air panas ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sampai adunan jadi doh.
4. Buat bulatan-bulatan kecil ( 25g)  ketepikan.

Cara Membuat inti :
1. Kukus kacang hijau selama kurang lebih 20 minit. Angkat dan hancurkan (lecek guna senduk je).
2. Masuk kan gula pasir, daun pandan, garam dan santan. Masak sambil dikacau sampai tak melekat kat kuali.. Angkat dan sejuk kan
3. Bulat-bulatkan adunan isi timbang kira-kiratimbang 10g. Siap digunakan.



Cara penyediaan:
1. leperkan adunan kulit onde-onde  kemudian letak inti ditengah-tengah. Tutup rapat dan bulatkan kembali.

2. Celupkan ke dalam air sejuk kemudian golek-golek kan diatas bijan. Kepal-kepal perlahan supaya bijan melekat dan bentuk bulat. Buat sampai habis semua kulit dan inti Onde-onde

3. Panaskan minyak yang banyak. goreng onde-onde dengan api kecil sehingga terapung dan berwarna kuning keperangan.

4. Angkat dan toskan minyak.

Notes :
- Kulit onde-onde jangan terlalu tebal supaya ketika digoreng akan masak sempurna.
- Panaskan minyak yang banyak kemudian kecilkan apinya barulah dimasuk kan onde-onde ke dalam kuali.


2- Apam puteri Ayu sukatan cawan



Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil ovelate
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 sudu kecil esen pandan 

1/2 sudu kecil pewarna hijau

kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

Cara-Cara Menyediakan

1. Ayakkan tepung bersama baking powder
2. pukul telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
3. Masukkan santan selang seli dengan tepung.
4. kacau sebati baru tuang pewarna hijau. pukul sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan.
kukus 10-15 minit dengan api besar 


3- Puding Roti 


Bahan-Bahan:

200g Roti dipotong 4
100g salted Butter
350liter Susu Cair full cream
4 biji Telur ayam fresh
100g Gula Pasir
Kismis/chocochips ikut citarasa
1 sudu teh Vanila .


Cara penyediaan.
Susun roti yang sudah dipotong ke dalam loyang roti kemudian taburkan kismis atau chocolate chipc 

Panas kan susu dan buter dan kemudian kacau sebati. tak perlu sampai mendidih. ketepikan.

Dalam bekas lain pukul telur+gula pasir menggunakan whisk

Masukkan campuran susu butter  tadi ke dalam campuran telur sambil pukul menggunakan  whisk sampai sebati.

Tuang ke dalam loyang berisi roti tadi . Selepas langkah ini boleh taburkan serbuk cinamon jika suka.

Bakar dalam oven dengan suhu 160 selama 45 minit atau sampai Pudding tak melekat di lidi. Puding akan mengembang dan kemudian turun selepas ianya masak sempurna.


Bahan untuk Sos Custard :
Panaskan 250liter susu cair sampai keluar 
gelembung2 kecil di tepi. (kira-kira 3 minit. )

Kemudian matikan api dan ketepikan.

Dalam bekas lain pukul 1 biji kuning telur+2 sudu Gula pasir+1 sudu esen vanila +1 sudu tepung jagung.

Kuning telur tadi di masuk kan kedalam susu cair tadi. Pukul cepat-cepat sambil masak atas api yang perlahan sampai sos jadi pekat.

Kemudian boleh diangkat dan dimakan bersama puding roti.

4- Puding Coklat



Bahan puding :
- 1 bungkus agar-agar plain
- 1 bungkus jelly plain
- 100g susu pekat manis (putih\coklat)
- 100g gula pasir .
- 3 sudu makan serbuk coklat ( 5-6 sudu kalau guna susu pekat putih)
- 50g dark cooking coklat
- 1/4 sudu kecil garam
- 1200 ml susu cair

Bahan krim Susu : .
- 1 tin susu creamer F&N
- 200ml susu full cream
- 6 sudu besar gula pasir
- 2 sudu kecil tepung custard + 2 sudu kecil tepung jagung .
- 1/2 sudu kecil esen vanila .
.

Cara membuat: 
Puding : campur semua bahan  kecuali dark coklat ,gula dan garam. 

kacau sebati dan kemudian tapis kan .Tambahkan dark coklat, gula pasir dan garam. Masak atas api dan kacau sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang acuan 

Krim susu : campur semua bahan sampai rata dan tidak berketul. lebih elok jika di tapis dahulu, dan masuk kan gula.masak diatas api sampai mendidih dan angkat.

Hidang puding yang sudah disejuk kan dengan krimnya.❤

 5- Kuih Kasturi

Sumber resepi: Resepi sedap


Bahan Inti
2 cawan kacang hijau (rendam dulu 5@6jam)
2 sudu gula pasir
3 sudu gula merah
1/2 biji kelapa parut
Air secukupnya untuk merebus
Daun pandan
2 sudu Tepung gandum
Bahan Tepung Salutan
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh pewarna kuning telur
1/2 sudu kecil air kapur
Air secukupnya
Garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya,
rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut sehingga kering sedikit.
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah.Taburkan tepung gandum bagi melikatkan kacang hijau tadi.Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung untuk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.

6- Muratabak Kulit Popia




Bahan-Bahan:
1 bungkus kulit popia saiz besar
1 mangkok daging ayam cincang halus
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
6 biji kentang
1 batang Lobak merah
daun sup
potong kecil semua bahan diatas

1 sudu rempah kari ayam
1 sudu gula
1/2 ssudu serbuk perasa maggie
garam
tumis semua bahan macam buat inti karipap
dah siap sejukk kan

acar bawang
1 biji bawang besar hiris nipis
1 biji limau atau 1 sudu cuka
1 sudu gula
garam
gaul semua bahan. perap dalam 1 jam

Gaul inti dengan 3 biji telur. Masukkan dalam kulit popia. Lipat goreng atas pan.. dengan sedikit minyak. goreng hingga masak dan sedia dihidangkan dengan acar bawang.


7- Cara Manis Gula Merah




Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan
1 biji telur
Pewarna hijau
Secubit garam
Gula merah (inti kat dalam)
Sedikit minyak

Cara-cara:
1. Blend semua bahan sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam bekas.
3. panaskan acuan dan sapu sedikit minyak.
4. Tuang adunan, biarkan sebentar kemudian baru masukkan gula merah.
5. Tutup dan tunggu sehingga masak.
6. Angkat dan boleh la cari pasangan untuk dia


8- Seri Muka Pandan Gula Merah



Bahan-bahan bahagian  bawah Loyang 12x12
********
Pulut 3 1/2 cawan rendam dulu dalam 2 jam bersama pewarna hijau sikit kemudian tos kan pulut masukkan dlm loyang
Kukus dlm loyang bersama santan ..air pandan sikit dan garam paras2 pulut..hingga masak..

bila sudah masak pulut ..tekan padat2..kukus semula baru letak bahagian atas..

Bahan2 Atas 
******
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan santan
3 cawan air
1 cawan air pandan
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula puteh
1 sudu besar tepung jagung
1sudu besar tepung beras
Kicap pekat hitam utk gelapkn kueh
Secubit garam
Gaul semua bahan2 tapiskan kemudian curah atas pulut kukus sampai masak..

9- Kuih Kaswi




Kuih kaswi paling mudah dan cepat

*2cawan tepung gandum
*1/2cawan tepung ubi
*1 cawan gula merah
*1 cawan gula putih
*5 cawan air
*2 sudu besar air kapur

Campurkan semua bahan diatas
Kacau sehingga sebati semuanya
Kemudian tapis...
Loyang hendaklah disapu dgn sedikit minyak
Sebelum tu panaskan kukusan
Kukus dalamm masa 45 minit...
Tunggu sejuk barulah dipotong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur dgn sedikit garam...
Siap untuk dihidangkan



10- Badak Berendam 




Bahan untuk Inti
1/2 biji kelapa parut (putih saja)
1/2 cawan gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - di simpul
1 sudu besar tepung gandum

 Cara buat Inti
.

Cairkan gula2 bersama air & daun pandan. 
Masukkan kelapa & kacau rata
Setelah air kering, masukkan tepung. Kacau sebati. Jgn terlalu kering, inti sedap jika sedikit lembap. Sejukkan & bulat-bulat kan inti

Bahan untuk Bebola Badak
3 cawan tepung pulut
 3 sudu besar tepung gandum
 1 sudu teh garam halus
 1 1/8 cwn air daun pandan (guna 4-6 helai daun pandan)
 sedikit pewarna hijau

Cara buat Bebola
Satukan tepung-tepung dan garam. Masukkan air dan pewarna. Gaul hingga menjadi doh. Jika masih tak menjadi doh tambah sedikit air lagi.

Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti kelapa. Tutup dan gentel bulat.
Rebus di dalam air mendidih. Bila sudah timbul, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam bekas berisi air supaya tak melekat
.
Bahan untuk Dadih santan
5 cawan santan
4 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu teh garam

Cara Buat dadih santan
Masak semua bahan-bahan di atas api sederhana hingga pekat dan meletup-letup.
Tuang di atas bebola badak tadi. Sedap di hidang sejuk2 
.

11- Bingka Tepung Beras 




Resepi:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
7 cawan santan
Garam

Masak semua bahan diatas sampai betul2 pekat..
Masuk kan dalam loyang dan  bakar dalam oven dalam sejam lebih

12- Seri Muka Durian





*Adunan ni elok untuk loyang 9 atau 10 inci. 

Bahan Lapisan pulut

2 cwn pulut rendam sejam,tos
2 cwn santan
garam
2 sdb minyak masak

*campur semua bahan kacau rata,kukus dalam loyang 25min.
*dah kukus,padatkan tekan2.

Bahan Lapisan durian

1 cawan isi durian
2 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula
garam
1 biji telur
pewarna kuning

*Blend semua, masak atas api sampi naik wap sahaja. kacau sentiasa akai whisk. (masak kejap aje)
*Tuang atas pulut tadi,kukus 25 min.
siap untuk dihidangkan

13- Apam Pisang




Bahan²:

4 biji pisang berangan - lenyekkan

1 biji telur gred A
½ cawan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen pisang

1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar soda bikarbonat
½ cawan minyak jagung

Cara²nya

- lenyekkan pisang
- dalam bekas lain pukul sebati telur, gula, garam & esen pisang 

- masukkan bahan telur tadi ke dalam adunan pisang dan kacau sebati
- masukkan tepung dan soda bikarbonat dan kacau sebati

- masukkan minyak jagung (kaub balikkan)

- tuang adunan ke dalam acuan
- kukus selama 15 minit



14- Kuih Buah Peria





Bahan- Bahan
300 gm tepung pulut
250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yang lebih harum)
Sedikit garam
Pewarna hijau

Bahan lain
Minyak masak
Inti kelapa atau kacang hijau
Daun pisang

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.

Resepi inti kacang hijau

1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk...jimat gas)
1 keping gula melaka
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air untukk merebus

Rebus kacang hingga empuk. Air jangan banyak sangat dalam 3 cawan saja. Sesekali kacau. Kalau kacang masih belum empuk tapi air dah kering boleh tambah air. Masukkan gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan. Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer

15- Lompat Tikam






Adunan Hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan air ~ 
6 helai daun pandan
secubit garam

Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis.

Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air pandan dan gaul rata. 
tambah secubit garam.Kemudian di tapis

Masukkan dalam periuk dan masak hingga berwap.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk
Kalau tak nak kukus masak sampai pekat dengan api perlahan. Jangan lupa untuk senantiasa kacau supaya adunan tidak berbintil-bintil. 

Adunan Putih / Kepala santan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam
2 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau
Bila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Adunan ni tak pekat ya.. kalau nak pekat lebihkan tepung beras.

Sirap Gula Melaka
1/2 cawan gula merah
1 buku gula Melaka ~tambah 1 cawan air
sehelai daun pandan ~ di simpul
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat
Angkat setelah masak dan tapis



Pulut Merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
1 cawan air atau santan cair
secubit garam
sehelai daun pandan ~ di simpul
Rendam dahulu beras pulut bersama pewarna merah dan air hingga kembang
Kemudian cuci dan dan bilas bersih
Satukan dengan santan cair, daun pandan dan secubit garam.
Masukkan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak. Boleh juga di kukus

Cara menghidangnya, potongkan adunan hijau dan letakkan dalam mangkuk
Letakkan pula adunan putih atau kepala santan
Kemudian hiaskan dengan pulut merah
Akhir sekali curahkan air gula Melaka

16- Cara Berlauk


BAHAN-BAHAN:

75 gm tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan
2 sudu makan mentega | dicairkan
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam

Bahan Inti:

100gm daging cincang
1 biji bawang besar | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 keping hirisan halia | dicincang
1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh cili kisar
1/2 sudu teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Sediakan inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.
3. Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.
4. Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.
5. Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
6. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.
8. Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
9. Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.
10. Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
11. Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi.
12. Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak.
13. Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.

17- Onde-Onde \ Buah Melaka





Bahan-bahan untuk membuat onde-onde adalah seperti di bawah untuk kuantiti 20-30 biji kuih buah melaka ini:

2 cawan tepung pulut ( beras pulut )
2 sudu makan penuh tepung gandum
1 cawan jus pandan ( 7-10 helai daun pandan dikisar )
1 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa parut yang diambil bahagian putih
1 sudu teh garam
2-3 helai daun pandan untuk rebusan

Cara pembuatannya:

1: Di dalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung gandum dan mula adunkan membentuk doh dengan tambahkan jus pandan sedikit demi sedikit.

Uli adunan sehingga membentuk doh.Pastikan hingga doh tidak melekat di tangan.

2: Rebuskan air di dalam periuk bersama daun pandan sehingga mendidih.Racik atau potong halus gula melaka tadi.Ambil doh sebesar ibu jari atau saiz yang anda mahu, gentel sekejap dan tekan bahagian tengan atau leperkan, masukkan potongan gula melaka sedikit dan gentel balik.

3: Siap gentel,anda boleh terus masukkan onde-onde atau buah melaka ke dalam air yang telah mendidih.

4:Rebuskan sehingga onde-onde yang tenggelam muncul di permukaan.Itu tandanya kuih anda telah masak sepenuhnya.Angkat dan tos serta lumurkan ke dalam campuran kelapa parut dengan garam tadi.

Tunggu sejuk dan siap untuk dimakan. 


18- Kuih Lompang Jagung





Cara penyediaan:
2 cawan tepung beras , 1/2 cawan tepung ubi dan 1 cawan gula dimasak guna 2 cawan air dan dimasuk kan daun pandan.. Bila dah menggelegak , ketepikan.

1/2 cawan jagung tin dkisar halus bersama 2 cawan air. ..
1 sudu makan air kapur dicampurkan dengan  sedikit garam, Perasa jagung dan pewarna kuning. Campurkan semua bahan dan tapis.

Sapukan minyak di permukaan pengukus dan panaskan pengukus selama 20 minit.. Kemudian masuk kan bancuhan tadi dan kukus selama 25 minit guna api besar.

Penutup kukus perlu dibalut dengan kain. selepas 25 minit Perlahan kan api dan selepas 5 minit baru matikan api.

19- Tepung Bungkus



Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan cair
Sedikit garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur
Inti kelapa

Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.tutup api.Kacau dengan hand whisk hingga licin dan sebati.

Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.
Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak 20 minit.

20- Kuih Ketayap



2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepungubi
3 cawan air daun pandan
2 sudu makan minyak masak
1 biji telur
Secubit garam..

Bancuh semua bahan hingga sebati. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak.. kemudian senduk kan adunan dan ratakan adunan sekeliling kuali. 

Angkat bila adunan dah masak permukaan atasnya. Tak perlu terbalik kan kulit ketayap ni.terus angkat letak atas pinggan.

Inti kelapa
Sebijik kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan tepung gandum/jagung
1/2 cawan air.

Masakan gula merah n gula pasir denganair. Masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Agak2 sedikit kering, campur kan tepunggandum/ jagung tadi. kacau hingga kering. Siap untuk digunakan.

Letak sedikit inti diatas kulit ketayap. kemudian gulung sedikit dan lipat bahagian tepinya, kemudian terus gulung hingga siap. sedia untuk dihidangkan.

21- Vadai



Bahan-bahan :
4 cwn kacang dal (rendam 4 jam)
4 biji bawang besar *
2 biji cili merah *
2 biji cili hijau *
3 tangkai cili kering *
1 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
2 tangkai daun sup & daun bawang *
1 tangkai daun kari *
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam & serbuk perasa

Cara-caranya:
- Semua bahan yang bertanda * dicincang halus
- Tinggalkan 1/2 cawan kacang dal, selebihnya di kisar dengan telur dan masukkan sedikit air dalam 1 senduk kecil saja
- campurkan bahan kisar tu dengan 1/2 cawan kacang dal dan semua bahan yang lain dalam 1 bekas dan gaul sebati
- Panaskan kuali dengan api perlahan, kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Siap, sedia untuk dihidang.



22- Kuih Talam Pisang \ Batil Pisang



Lapisan bawah (pisang)

1 cawan penuh pisang yang dah diramas kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
Sedikit garam

Gaul semua bahan kecuali pisang. Bila bancuhan tidak berketul barulah masukkan pisang.
Panaskan pengukus, sapu sikit minyak pada loyang. Bila dah mendidih masukkan loyang lapisan bawah. Kukus dalam 20 minit



Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam

Panaskan sekejap 3 bahan diatas. Bila lapisan bawah dah masak, cucuk2 dengan garpu barulah tuang lapisan atas. Kukus dalam 15 minit

Sejukkan dahulu barulah boleh dipotong
( Penutup pengukus balut kain supaya air wap tak kena pada kuih)

Jangan potong masa panas-panas. Bagi betul2 sejuk dulu dan mengeras baru lah dipotong.

23- Mini Cakoi dengan sos Pandan 



BAHAN BAHAN
Doh mini Cakoi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam

Cara-Cara
1. masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. masukkan tepung dan garam
3. rehatkan doh selama 30 minit
4. selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing

Sos Pandan Kastard
18 gm tepung gandum
35gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan

Cara-cara
1. masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
2. masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. panaskan santan dan air hingga mendidih
4. campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. masak diatas api hingga pekat

24- Agar-Agar Cendol Gula Melaka




Bahan :
√ 10gram serbuk agar agar
√ 150-200gram cendol
√ 4cawan air
√ 1cawan gula
√ 1kotak santan brand KARA
√ 1st garam

Step 1: Bahan A

Cara Penyediaan :

1. Didihkan 4cawan air. masak agar agar. kemudian masukkan 1cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yg sudah ditapis air nya. tunggu mendidih sat . . tutup api.

2. Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.

3. Masukkan dlm acuan, sejukkan. selepas puding beku, Corak carik kan dgn garpu permukaan atas. sebab kat atas ni nak letak adunan gula melaka.

Step 2: Bahan B

√ 10gram serbuk agar agar
√ 5cawan air
√ 200g gula melaka *potong kecik
√ 3helai daun pandan

1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dgn api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aromanya.

2. Selepas mendidih..tapis dan tuang kedalam bekas cendol tadi. sejukkan normal dalam 30minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais

Tips untuk acuan :

Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong

25- Kuih Tako



Lapis Bawah
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan air pandan
4 cawan air biasa
# Campur semua bahan masak sampai likat, isi dlm acuan daun pandan, biar sejuk

Lapis Atas
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
6 cawan air biasa
# Campur semua bahan, masak sampai likat, tuang atas lapis bawah yg dah sejuk...

1 adunan boleh dot 40 biji kuih


26- Cucur Udang



 400 gram Gandum
- Udang
- Bawang Merah
- Lobak
- Daun Kucai
- Tauge
- Garam
- Serbuk Kunyit
- Yis

- Masukkan semua bahan kecuali udang, ke dalam mangkuk bersama gandum.
- Tambah air dan adun sebati
Biarkan selama 30 minit.
- Panaskan minyak masak. Masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang dan goreng.
- Tips; sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat

27- Kuih Abok-Abok



Resipinya:
Sagu direndam setengah jam
kelapa parut yg putih je
gula merah atau gula melaka dihiris halus
sedikit garam
daun pisang

Caranya:
sagu ditoskan airnya.
digaul bersama kelapa parut dan sedikit garam.
daun dibuat macam kun, bubuh sedikit sagu tadi tekan sedikit lps tu bubuh gula dan bubuh lagi sagu
dilipat bawahnya rapi agar tak terbukak. Stepler pun boleh atau cucuk dengan lidi
Kukus selama 20 min❤

28- Putu Perak



Bahan-bahan:
4cwn tepung beras
1cwn tepung pulut
1cwn air
1cwn gula kastor
Acuan putu
Kain kasa/ kain cotton dipotong 4segi
.
Inti:
Kelapa parut muda+ Garam secukup rasa
.
Cara-cara:
1. Campurkan tepungpg beras dan tepung pulut.
2. Gaul sehingga rata.
3. Tuang air dan ramas hingga nampk seperti ketulan2.
4. Blend kering hingga halus dan ayak supaya halus.
5. Campurkan gula ke dalam tepung yang diayak tadi.
6. Gaul hingga betul-betul sebati.
7. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
8. Ambil acuan putu masuk sedikit dalam acuan.
9. Buat lubang tengah-tengah.
10. Masuk inti dan tutup pulak dgn tepung. Ratakan atas acuan. 11. Ambil kain kasa tutup atas acuan dan telangkupkan pada
periuk kukus.
12. Kukus selama 3 minit atau hingga masak.
13. Siap dihidang untuk seisi keluarga

29- Bengkang Ubi Gula Merah




.Bahan2
5 cwn ubi (dah siap parut)
2 cwn gula merah
1/3 cwn gula pasir
1 cwn air
3 helai pandan
2 cwn santan
2 sdb margerin dicairkan
1/4 cwn tepung ubi
*tepung ubi opah tambah sebab endapan pati ubi tu sikit sangat
.
Caranya
~ubi diperah, biarkan patinya mendap (airnya buang, patinya diambil ya)
~satukan gula merah, gula pasir, pandan dgn 1 cwn air.. masak sehingga larut
sejukkan, tapis kemudian ketepikan
~dalam mangkuk besar satukan kesemua bahan.. gaul rata hingga sebati
~sediakan loyang, sapu margerin (opah guna loyang 9x9)
~tuang adunan bengkang ke dalam loyang
~bakar selama 1 jam atau sehingga masak mengikut kesusuaian oven masing2
suhu 180 api atas bawah
** masa bakar opah tambah 5min api bawah sahaja kemudian 10 min api atas

30- Kuih Dangai



6cwn klapa parut
2 cwn tepung pulut
1 cwn gula
Secubit garam
Gaul semua
Tekan sikit masuk dalam loyang
bakar dlm oven suhu180 40minit.

31- Puding Pisang Bersos Kastard



pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
.
masak semua bahan sehingga pekat.
dh suam masukkan ke dlm peti ais.
letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan taburkan sedikit kismis.
bahan hiasan terpulang pada masing2.

Resepi
Juadah berbuka
Kuih Muih paling senang
Kuih muih paling sedap

Catat Ulasan

0 Ulasan