HELLO! IT'S ME FULL EPISOD

 HELLO! IT'S ME FULL EPISOD  | Ni satu kdrama yang saya follow setiap minggu. Kdrama ni biasa-biasa saja bagi saya. Agak slow walaupun jalan ceritanya agak menarik. Mungkin sebab pelakon wanitanya bukan pelakon kegemaran saya jadi saya tak la rasa ternanti-nanti setiap episod nya.



Pelakon wanitanya ialah Coi Gang Hee. Dah agak lama tak menonton drama lakonan nya. Kali terakhir saya tonton drama yang dibintangi olehnya ialah drama Drama Protect The Boss gandingan bersama Ji Sung.

Kemudian ada drama lain lakonan yang yang tak berapa minat untuk saya tonton. Kali ni ia bergandingan dengan Kim Young Kwang dan Lee Re.

Hello! It's Me adalah drama comedy dan fantasy dan disiarkan di saluran KBS2.


Sinopsis Hello! It's Me

Ban Ha Ni seorang wanita yang mengalami kehidupan yang sangat sukar. Dia bekerja sebagai maskot untuk sebuah syarikat mengusahakan makanan ringan. Disebabkan satu kejadian dia dibuang kerja dan kehidupan nya bertambah sukar.




Dia juga turut disaman oleh pelakon popular, Anthony kerana memberikan komen tidak baik di sosial media. Disebab kan itu hubungan nya dengan Anthony tidak begitu baik.

Namun pertemuan nya dengan Han Yoo Hyun mengubah hidupnya. Han Yoo Hyun menyedari Ban Ha Ni ialah gadis yang pernah menyelamatkan nya ketika dibuli sewaktu kecil. Disebabkan itu dia sangat menyanjungi Ban Ha ni.




Satu hari satu kemalangan berlaku pada Ban Hani. Ketika dia sedar , dia menyedari muncul seorang gadis yang seiras wajahnya ketika remaja. Ban Ha NI terkejut apabila mendapati gadis tersebut ialah dirinya sendiri ketika berusia 17 tahun.


Kehadiran Ban Ha Ni yang berusia 17 tahun membuatkan dia tertanya-tanya mengapa gadis tersebut muncul. Dia mula menyembunyikan identiti Ban Hani tanpa di ketahui keluarganya dan orang sekeliling.




 

Apakah yang membuatkan Ban Ha Ni yang berusia 17 tahun muncul dan bagaimana caranya untuk Ban Ha Ni menghantar gadis tersebut pulang semula ke 20 tahun dahulu.

Drama: Hello? It's Me! (literal title)
Revised romanization: Annyeong? Naya!
Hangul: 안녕? 나야!
Director: Lee Hyun-Seok
Writer: Kim Hye-Jung (novel), Yoo Song-Yi
Network: KBS2
Genres: Comedy, Romance, Fantasy
Episodes: 16
Airs: Feb 17, 2021 - Apr 8, 2021
Runtime: Weds. & Thurs. 21:30
Language: Korean
Country: South Korea

Catat Ulasan

0 Ulasan