RESEPI BUBUR ASYURA VERI UTARA YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

RESEPI BUBUR ASYURA VERI UTARA YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH | Tiba lah musim orang buat bubur Asyura. Bubur Asyura ni biasa kita buat bila tiba tahun baru islam Iaitu pada bulan Muharam. Sepanjang bulan Muharam ni memang ramai la yang buat bubur Asyura. Di masjid-masjid pun ada buat program masak bubur Asyura.



Di malaysia ni macam-macam versi bubur Asyura. Ada yang manis, ada yang berempah, ada yang letak durian. letak lempuk letak pisang pun ada. Tapi untuk tekak saya dan kebanyakan orang utara kami lebih suka bubur Asyura yang rasa manis dan dalam nya ada kekacang dan jagung.

Keluarga saya di kampung pun dah buat bubur Asyura ni. Sayang nya saya tak dapat balik jadi kita ambik mood Asyura je la. Bubur Asyura yang kat Penang ni pun sama je macam kat Perak. kat sini pun ramai yang buat bubur Asyura jadi kita tumpang makan je la nampaknya.Hahah

Bagi yang nak cuba buat bubur Asyura kat sini saya kongsikan resepi Bubur Asyura yang kaka saya buat baru-baru ni. Saya nak buat kat rumah ni memang tak la sebab yang makan nya saya sorang je. Bagi yang nak cuba buat boleh la ambik resepi ni.

Resepi Bubur Asyura versi utara sedap dan mudah

Bahan-bahan nya.

1 1/2 kg tepung beras

2 biji ubi keledek - potong dan rebus separuh empuk

1/2 kilo kacang merah - rebus sampai empuk

1/2 kilo kacang tanah yang disangai dan dibuang kulit

1/2 kilo gula merah

1kg  santan + 3 cawan air

2 tin jagung

1/2 kilo kacang kuda yang dah di rendam dan di rebus empuk.

1/2 kilo kacang hijau rendam dan rebus sampai empuk

sedikit garam untuk buat bubur lebih rasa lemak.

* tos semua bahan yang direbus dan jangan ada air.












Cara-caranya.

Masuk kan tepung beras garam, santan dan air.. kacau supaya tak de tepung berketul.Nak mudah guna je penapis. Tapis adunan ke dalam kuali.

Letak kan atas api dan kacau  dengan api perlahan. Mula-mula akan ada meletup 2 macam gunung berapi.letupan kecil2 je.

Bila dia dah pekat sikit, Kita masuk kan Gula merah, dan semua kacang2 dan bahan yang dah direbus tadi.  kacang tanah, keledek, kacang kuda, kacang merah , kacang hijau, jagung.

Kacau sebati. Tempoh mengacau ni pun lama.. dalam sejam lebih. Sebab tepung tu kena betul-betul masak. Kalau tak masak nanti dia tak cukup pejal. potong pun lembik je.Jadi tak cantik.

Kalau nak letak pisang masak, letak masa last sekali.masa dah nak angkat baru letak pisang.

Bila dah masak masuk kan dalam talam besar tunggu sejuk baru lah potong.

Sumber: Heryantee Rashid

Catat Ulasan

0 Ulasan