KARIPAP KENTANG YANG SEDAP DAN MUDAH

KARIPAP KENTANG YANG SEDAP DAN MUDAH | Karipap kentang antara makanan kesukaan anak-anak yang sangat mudah untuk di buat. Lebih mudah lagi bila dapat jadikan karipap kentang sebagai stok sejuk beku. Bila nak makan keluarkan saja dari freezer dan masuk kan saja dalam air fryer atau pun kalau lebih rajin goreng saja sampai karipap sehingga perang dan rangup.



Untuk resepi karipap kentang yang mudah ini, kita gunakan 8 bini kentang saiz sederhana dan 2 cawan tepung gandum. sukatan ni kita boleh dapat dalam 30 biji karipap.Saya guna kan acuan saja untuk membentuk karipap kerana lebih mudah.

Bahan-Bahan untuk kulit karipap

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar majerin

sedikit air.

sedikit garam

Bahan untuk inti karipap

8 biji ubi kentang saiz sederhana (potong dadu saiz kecil

2 sudu rempah kari daging

1 mangkuk isi ayam dicincang halus

sehelai daun kari

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1\2 inci halia

1 batang Kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 kuntum Bunga cengkih

3 cawan air.

Minyak dan garam.


Cara membuat Inti karipap.

kisar bawang merah , bawang putih, halia . kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.

Panaskan minyak dan tumis daun kari diikuti bahan-bahan yang sudah dikisar.

perlahan kan api dan masuk kan rempah kari bersama 1 cawan air.

Bila rempah dah pecah minyak masuk kan ubi kentang dan ayam.

Masuk kan 2 cawan air dan masak sehingga ubi lembut dan kuah kering.

Masuk kan garam. Ketepi kan.





Cara membuat kulit karipap

Cair kan majerin bersama garam dan masuk kan dalam tepung.

Gaul hujung jari hingga tepung menjadi serbuk dan tidak berketul.

Masuk kan air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.

Ambil sedikit doh dan canaikan bentuk bulat

letak atas acuan karipap dan letak sedikit inti.

Tutup acuan dan tekan acuan sedikit agar kulit tertutup rapat.

Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung.

Kemudian goreng karipap dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan.

Goreng separuh masuk untuk disejuk bekukan.

Untuk dimakan segera, goreng karipap hingga kuning keemasan dan kemudian boleh dihidangkan.


selamat mencuba


Catat Ulasan

0 Ulasan