HARGA BUKU DAN YURAN SEKOLAH 2024 DI PULAU PINANG | PANDUAN BELI BARANG KEPERLUAN SEKOLAH

HARGA BUKU DAN YURAN SEKOLAH  2024 DI PULAU PINANG | Tahun 2024 agak mencabar bagi banyak keluarga . Dengan ekonomi yang tak menentu ni dan harga barang pun mahal tentu perbelanjaan untuk harga buku dan yuran sekolah menjadi keutamaan ramai walaupun sebulan lepas sekolah dibuka kita nak sambut Aidilfitri pulak. Memang rasa terbeban jugak la.



Tapi sebagai ibu bapa kita jalankan saja tanggungjawab kita untuk anak-anak. Pendidikan adalah wajib. Bab raya tu boleh la kita bincang dengan anak2 untuk kurangkan perbelanjaan. 

Seminggu lepas sekolah ditutup hari tu sekolah-sekolah dah edarkan list buku untuk tahun 2024. Saya agak terkejut jugak dengan harga buku bagi sekolah rendah. Hampir Rm200 kalau dicampur dengan baju sukan.

Tapi tahun ni ada pengurangan la untuk keluarga saya sebab anak yang sekolah rendah dah habis KAFA. Baju sukan dan seluar sukan tak payah beli sebab tahun lepas dah beli 2 pasang.

Di bawah ni saya dah sediakan list buku sekolah anak2 saya.. Kalau korang ada anak sekolah boleh la buat anggaran untuk buku dan pakaian sukan anak-anak yang bersekolah nanti.

Kalau jumlah yang perlu untuk keluarga saya untuk 2 orang anak bersekolah :

Harga Buku Dan yuran sekolah 2024 di Pulau Pinang. 

Harga Buku Sekolah Kebangsaan Darjah 6 : Rm 180.50

Yuran PIBG                                    : RM  40.00

Yuran dan Buku KAFA                  :Tiada

Harga Buku Sekolah Menengah    : RM 42.00

Yuran PIBG : RM50

Jumlah : RM 312.50 

List buku sekolah rendah 2024



List buku sekolah menengah 2024



Tak jauh beza dengan tahun lepas walaupun tahun ni anak tak terlibat dengan KAFA. 

Kalau Ada anak yang  KAFA anggaran harga buku adalah RM180. Setiap tahun memang itulah harga nya. Kalau kurang pun dalam 10-20 ringgit saja. 

Bagi anak yang baru Nak KAFA kena beli baju KAFA jugak.

Panduan beli alat tulis dan kelengkapan sekolah

Perbelanjaan untuk alat tulis juga tak boleh dikecualikan. Lebih jimat kalau beli di shopee. Beli banyak2 untuk stock setahun. Selalunya yang paling kerap anak perlukan adalah pensil, pemadam, pembaris, pen hitam dan biru serta pensil warna.

Kalau anak bersekolah rendah sebaiknya beli pensil warna yang kotak pendek sebab pensil warna mudah hilang.  Terkilan tau bila pensil warna masih panjang tapi dah hilang.  

Untuk kasut sekolah saya cadangkan beli jenama Pallaz.  Lebih tahan lama dan tak mudah rosak. Kalau beli kasut murah memang setahun 2,3 kali kena beli baru. Sedangkan pallaz harga rm50 je. Dah boleh pakai setahun. Kalau pandai jaga sampai tahun depan boleh pakai lagi.

Untuk bag sekolah pula elak kan beli bag sekolah jenis kain . Sekolah sekarang masih lagi anak2 menanggung bag berat. Bag akan mudah terkoyak di bahagian ini:



Kalau dah terbeli, boleh sediakan bag tambahan yang ringkas yang anak boleh isi buku2 selebihnya. 

Untuk tahap 1 jangan lupa sediakan gunting kecil dan barang seni seperti kertas warna, batang aiskrim, reben, gam dan plastecine see. Beli di shopee untuk jadikan stock kerana peralatan ni selalu diperlukan untuk kegunaan anak-anak disekolah.




Baju sekolah untuk anak yang akan masuk ke tahun 4: Untuk Awal persekolahan boleh tangguh dulu beli baju sekolah sebab mungkin anak -anak akan pegang jawatan dalam sekopah dan tak memerlukan baju sekolah putih. Lagi-lagi kalau anak duduk dikelas pertama. Besar kemungkinan dia akan pegang jawatan2 penting disekolah. 

Untuk tahun 4 juga kena sediakan pakaian unit beruniform. Yang tu sekolah akan umumkan apa persatuan dan unit beruniform yang anak akan masuk nanti. Simpan duit untuk itu jugak.


Catat Ulasan

0 Ulasan