REVIEW DAN SINOPSIS - A GOOD DAY TO BE A DOG

 A GOOD DAY TO BE A DOG |  Kdrama lakonan Cha Eun Woo dan Park Gyu Young ini disiarkan di VIU setiap rabu jam 9 malam dengan 14 episod dan tayangan 1 episod setiap minggu. Drama ini diarahkan oleh Kim Dae Woong dan di tulis oleh Lee Hye yang juga penulis webcomic untuk siri ini yang disiarkan pada 2017 hingga 2019. Drama ini mula disiarkan pada 11 oktober dan episod akhirnya dijangka pada january 2024.


A GOOD DAY TO BE A DOG


Diadaptasi dari webcomic berjudul "Onueldo Sarangseureobgae”, drama A good Day To Be A Dog adalah drama genre cinta fantasi.


Review A Good Day To Be A Dog


Saya tertunggu-tunggu drama ni disiarkan. Awalnya saya fikir drama ni akan ditayangkan di netflix. Rupanya disiarkan di VIU dan VIKI. Episod pertama drama ni tak menghampakan. Walaupun drama ni baru disiarkan 2 episod tapi saya rasa senang ketika menonton drama ni.


Drama ni ada semacam satu aura menghiburkan dan menenangkan. Saya sangat suka dengan keserasian setiap pelakon. Umur Cha Eun Woo , Park Gyu Young dan Lee Hyun Woo pun tak jauh beza jadi saya rasa tu jugak faktor membuatkan mereka nampak serasi dalam drama ni. 


A GOOD DAY TO BE A DOG


Mula-mula risau juga kalau-kalau anjing tu nampak macam katun je. Tapi tak sangka anjing tu memang anjing betul . Bukan guna teknik edit ke apa. Memang menggunakan anjng betul, Nama anjing yang bertukar jadi Hae Na tu ialah Finna.


BACA: CEO- DOL MART


Untuk 2 episod ni keadaan masih tenang tapi saya tahu akan ada konflik dan dendam yang terpendam sekian lama yang akan didedahkan daam episod-episod akan datang. Sebab ada satu scene dalam episod 2 dimana Lee Bo Gyeom cakap sesuatu seperti menyimpan kemarahan terhadap seseorang. 


A GOOD DAY TO BE A DOG



Synopsis A Good Day To be A Dog

Han Hae Na seorang guru disebuah sekolah. Dia kelihatan seperti gadis biasa namun disebaliknya dia berasal dari sebuah keluarga yang mempunyai satu sumpahan yang boleh mengubah kehidupan nya.


A GOOD DAY TO BE A DOG


Disebabkan satu kesilapan moyang nya beratus tahun dahulu keluarga Hae Na tidak boleh bercium dengan sesiapa sahaja. Jika pantang larang tersebut dilanggar mereka akan bertukar menjadi seekor anjing selama 6 jam sehingga terbit matahari.


Untuk kembali semula menjadi manusia, sebelum matahari terbit mereka perlu mencium orang yang telah mereka cium.



Pada suatu malam ketika keluar minum bersama guru yang lain secara tidak sengaja Hae Na telah mencium Jin Seo Won. Dalam beberapa minit sahaja dia bertukar menjadi seekor anjing. Sejak itu Hae Na mengatur rancangan agar dapat mencium Jin Seo Won supaya dia dapat kembali semula menjadi manusia.


A GOOD DAY TO BE A DOG


Jin Seo Won seorang guru matematik yang sangat diminati ramai pelajar perempuan disekolah. Dia selalu bersikap dingin pada Hae Na. Dia juga sangat takut pada anjing.


Hae Na tahu Jin Seo Won tidak selesa bersamanya. Seo Won sering mengelak dari dekat dengan Hae Na membuatkan Hae Na sering tertanya-tanya mengapa Seo Won tidak suka padanya. Hae Na sebenarnya menyimpan perasaan pada seorang guru lelaki, Lee Bo Gyeom. 


Disebabkan Lee Bo Gyeom rapat dengan Seo Won , Hae Na meminta bantuan Seo Won agar dia dapat dekat dengan Lee Bo Gyeom tanpa dia menyedari sebenarnya Seo Won sangat suka kan Hae Na.

A GOOD DAY TO BE A DOG



A Good Day To be A Dog Cast

Park Gyu Young

Cha Eun Woo

Lee Hyun Woo

Yoon Hyun Soo

Ryu Abel

Jo Jin Se

Kim Yi Kyeong

Catat Ulasan

0 Ulasan