3 MINGGU TANPA CERMIN MATA DAN SEMINGGU BERSAMA VERTIGO

3 MINGGU TANPA CERMIN MATA DAN SEMINGGU BERSAMA VERTIGO | 3 minggu blog saya ni tak berupdate gara-gara tertinggal cermin mata di kampung. Ada cermin mata lama tapi cermin mata tu saya tak boleh pakai untuk masa yang lama sebab berat. Kalau pakai terlalu lama nanti batang hidung saya sakit.

Bergambar dengan muka kembong begini menjadi trend bagi blogger-blogger diawal tahun 2010. 


Dalam tempoh 3 minggu terpaksa juga la pakai cermin mata yang lama untuk menghantar mesej dan membaca. Dalam pada tu terpaksa juga meminta pertolongan adik di kampung untuk pos cermin mata saya tu. Nak tunggu balik ke kampung entah bila ada waktu yang terluang dan cuti yang panjang.

Awal-awal tu bukan tak mahu minta tolong tapi tak mahu menyusahkan. Masing-masing bekerja dan ada urusan sendiri. Jadi tak mahu la memaksa. Mujur la adik saya bercuti pada selasa lepas dan dia pos kan cermin mata saya tu. 2 hari kemudian cermin mata dah sampai rasa lega sangat-sangat.

Cermin mata lama yang berat. Adsense bulan depan saya nak tukar bingkai yang ringan. Tolong penuhkan tabung adsense saya.


Tapi saya pula diserang vertigo kerana terlalu kerap pakai cermin mata yang lama tu. Cermin mata yang lama tu buat batang hidung saya sakit. Mula-mula sakit sikit je tapi bila dah lama-lama sakit tu terasa disekeliling mata. Kepala mula diserang migrain selama beberapa hari. 

BACAPENGALAMAN ANAK 11 TAHUN KENA ALAHAN SEBAB MAKAN SEAFOOD

Tak nampak macam nak sembuh saya mula berkira-kira mungkin vertigo akan datang menyerang. Zuppp!! pantas suami keluar belikan ubat untuk vertigo saya ni. Seperti dijangka, bangun saja dari tidur pandangan mula jadi seperti roller coster. Melayang-layang , berpusing-pusing macam tak ada penghujungnya.

Cermin mata yang lebih ringan,. Tapi saya buang nose pada sebab tak selesa ada nose pad tu.


Perut mual seperti mahu muntah. Terhuyung hayang saya berjalan ke bilik air sambil tangan tak lepas berpaut pada dinding.Habis segala isi makanan dalam perut di keluarkan. Sampai terasa pahit dalam mulut sebab dah tak ada apa lagi nak dikeluarkan.

Duduk tersandar di sofa. Terus tak berani nak bergerak sebab saya tahu kalau saya gerak kan kepala ni mesti akan terasa berpusing-pusing sekeliling saya. Saya cuba rilek dan minum air. Makan ubat dan berbaring perlahan-lahan sambil pejamkan mata dan cuba untuk tak bergerak.

Ubat vertigo yang saya makan. Boleh beli di farmasi. Harga tak pasti. Tapi murah je..


Macam tu la keadaan nya setiap kali diserang vertigo. Bukan saya sahaja. Rasanya ramai yang mempunyai pengalaman diserang vertigo seperti saya. Vertigo bukan sejenis penyakit. Ianya cuma gangguan keseimbangan dalam tubuh badan.Kali terakhir saya diserang vertigo adalah pada tahun 2019. 

Apa yang saya buat untuk hilangkan vertigo alah makan ubat dan lakukan senaman kepala yang saya tonton di youtube. Senaman tu sangat-sangat membantu. Selepas saya amalkan senaman tu vertigo dah tak kerap berlaku.

Ada beberapa perkara yang boleh mencetuskan vertigo pada saya. Kurang tidur, makan banyak buah-buahan tempatan yang bermusim seperti dokong, durian, rambutan, cempedak. Migrain yang berat juga jadi petanda saya akan diserang vertigo. 3 perkara ni saya memang akan kawal dan berhati-hati. Sebab tu saya suka tidur. :)

Catat Ulasan

0 Ulasan