TWINKLING WATERMELON

TWINKLING WATERMELON | Dibintangi oleh Ryeon Un, Choi Hyun Wook dan Seol In Ah, Twinkling Watermelon boleh ditonton di saluran Viu. Drama ini diarahkan oleh Son Jun Hyun yang banyak mengarahkan drama-drama popular seperti When My Love Bloom dan mental Coach jegal. 

TWINKLING WATERMELON


Twinkling Watermelon ditayangkan sejak 25 September dengan 16 episod,. Selain VIU drama ini juga ditayangkan di TVN dan VIKI.

Review Twinkling Watermelon

Saya dah tonton sehingga episod ke 5. Drama tentang merentas masa memang sangat sinonim dengan kdrama. Dah ada  banyak kdrama tentang merentas masa lepas atau pun masa akan datang. Saya tak mau membandingkan drama ni dengan mana-mana drama lain tapi drama Twinkling Watermelon ni sangat santai dan menghiburkan.

 

BACATHE KILLING VOTE


Misteri yang membuatkan drama ni menarik untuk di tonton - Ha Eun Gyeol kembali ke tahun 1995 untuk menyelamatkan ayahnya. Satu lagi yang menjadi tanda tanya ialah lagu yang diberikan Mr Viva pada Eun Gyeol. Lagu tersebut mungkin ada kaitan dengan Ha Eun Gyeol dan ayahnya. Dan mungkin lepas ni ada misteri lain yang muncul. 

TWINKLING WATERMELON


Ianya berlatar belakangkan tahun 1995. Bukan drama yang berat dan ada unsur-unsur komedi juga. Ha Yi Chan di waktu muda , orang yang ceria, baik, ramah dan sangat bercita-cinta. Muncul watak Ha Yi Chan di zaman sekolah ni la baru drama ni nampak segar. Kalau tidak babak suram sahaja. Sebab kehidupan Eun Gyeol ni memang suram waktu dikelilingi ayah ,ibu dan adiknya walaupun ayah ibu dia sangat penyayang.


walaupun ini drama watak budak-budak sekolah tapi banyak scene diluar kelas. Scene main muzik bersama memang best. Kadang rasa macam muzikal drama pun ada. 


Saya jangkakan ada kesedihan dalam drama ni sebab sesuatu akan berlaku pada Ha Yi Chan yang menyebabkan dia hilang pendengaran dan suara dia sedangkan dia seorang penyanyi.


Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

TWINKLING WATERMELON



Sinopsis Twinkling Watermelon

Mengisahkan Ha Eun Gyeol mempunyai seorang adik dan ibu bapa yang mempunyai masalah pekak dan bisu. Dalam keluarganya hanya dia seorang sahaja yang tidak mempunyai masalah kecacatan. Disebabkan itu dia menjadi harapan kedua ibu bapanya.

TWINKLING WATERMELON


Namun satu hari dia bertemu dengan pemilik kedai muzik dan belajar bermain gitar dengan pemilik kedai tersebut. Malangnya pemilik kedai tersebut meninggal dunia. Eun Gyeol sangat merasa kehilangan di tambah pula waktu itu dia terpaksa berpindah disebabkan rumah yang mereka duduki terbakar.


Eun Gyeol juga seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Ayahnya sangat berbangga dengan Eun Gyeol. Dia berharap Eun Gyeol dapat menjadi seorang doktor. Walaupun dia sangat meminati muzik namun dia tahu dia perlu menunaikan impian ayah dan ibunya yang ingin dia menjadi seorang doktor.

TWINKLING WATERMELON


Untuk melepaskan keinginannya bermain muzik Eun Gyeol selalu bermain muzik di jalanan dengan memakai topeng muka agar dirinya tidak dikenali kerana dia tidak mahu ayah nya kecewa dengan apa yang dilakukan nya.


Disebabkan bakatnya yang luar biasa, sebuah kumpulan muzik menawarkan Eun Gyeol untuk menyertai band mereka. Eun Gyeol setuju dengan syarat dia tidak mahu diknali dan pelajaran adalah keutamaan nya.


Ketika sedang membuat persembahan, ayah Eun Gyeol berdiri di hadapan pentas dan terkejut melihat Eun Gyeol. Ayahnya sangat marah . Eun Gyeol melepaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini tentang minatnya terhadap muzik melebihi dari segalanya. Dia juga kecewa kerana ayahnya tidak mampu mendengar muziknya.

TWINKLING WATERMELON


Disebabkan kecewa dan sedih kerana baru lepas bertengkar dengan ayahnya,Eun Gyeol berjalan seorang diri. Tiba-tiba dia melihat sebuah kedai muzik yang sangat pelik. Dia masuk ke kedai tersebut dan bertemu seorang lelaki yang menawarkan sejumlah wang untuk membeli gitar Eun Gyeol. Sebaik keluar dari kedai tersebut Eun Gyeol sangat terkejut apabila dia mendapati dirinya berada pada tahun 1995. 


Lebih mengejutkan lagi dia bertemu dengan ayahnya yang ketika itu berusia belasan tahun dan yang membuatkan di hairan ialah ayahnya tidak pekak dan tidak bisu.

TWINKLING WATERMELON


Twinkling Watermelon Cast

Ryeo Un - Ha Eun Gyeol

Choi Won Young - Ha Yi Chan (Ha Eun Gyeol's father)

Choi Hyun Wook - Ha Yi Chan

Seol In Ah - Choi Se Kyung

Shin Eun Soo - Yoon Chung A

Jeong Hyun-Jun - Ha Eun Gyeol (child)

Joon Sang Hoon - Master

Cheon Ho Jin - Mr Viva

Catat Ulasan

0 Ulasan