SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU i-SAYANG KWSP.

SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU i-SAYANG KWSP . i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

semakan dan mohon iSAYANG


Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang.

Ini bermakna, setiap bulan suami akan mencarum sebanyak sembilan peratus dengan baki dua peratus lagi dipindahkan kepada akaun isteri.

PERMOHONAN i-SAYANG

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:


i. Permohonan I-sayang melalui i-Akaun (Ahli); Log masuk ke i-AKAUN untuk permohonan i-SAYANG


ii. Permohonan I-sayang melalui pejabat KWSP yang berhampiran beserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

permohonan kwsp iSAYANG

Dokumen yang diperlukan Untuk Permohonan I-sayang.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Permohonan i-Sayang hanya membenarkan untuk memindahkan caruman dari akaun suami ke akaun isteri sahaja. 

BACA:DARI STREAMYX KE UNIFI TV : PUAS HATI BILA INTERNET LAJU

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima)

permohonan dan semakan i-SAYANG


SYARAT PERMOHONAN i-SAYANG KWSP

Syarat-syarat kelayakan suami (pemberi) 

1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara

2. Ahli KWSP

3. Belum mencapai umur 75 tahun

4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Syarat-syarat kelayakan isteri (Penerima)

1. 1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara

2. Ahli KWSP

3. Belum mencapai umur 75 tahun

4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

- Jumlah bayaran i-SAYANG. Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri sahaja. Jumlah caruman tidak boleh diubah dan sudah ditetapkan oleh kerajaan.


- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

Catat Ulasan

0 Ulasan