REVIEW DAN SINOPSIS FILEM SERATUS DI NETFLIX

REVIEW DAN SINOPSIS FILEM SERATUS DI NETFLIX | Sempat juga tonton filem Seratus di Netflix lakonan Sharul Kamal dan Sara Ali. Filem ni juga menampilkan 100 pelakon yang tampil sebagai cameo untuk filem ni. Bagi yang nak menonton filem ni korang patut baca dulu artikel aku ni.

poster filem Seratus


Walaupun banyak kali juga bertangguh-tangguh nak tengok filem ni akhirnya aku tengok jugak la. Dah tu, kalau dah bila buka netflix je asyik keluar filem ni je dulu, macam kena paksa tengok pulak. Hahah.. 

Sebenarnya aku ni macam risau je nak tengok filem melayu ni selepas beberapa filem melayu di netflix agak mengecewakan sebelum ni. Aku cuma risau kalau ada babak tak senonoh laki pompuan je. Kalau bab lain tu aku tak kisah sangat la. Scene2 tak senonoh tu je aku memang pantang la. Sebab kita ni kan ke dah berkeluarga, ada anak-anak sedang membesar. Kena ambil kira bab tu la jugak.

Review Filem Seratus - Netflix

Aku memang tak jangka jalan cerita filem ni. Aku tengok je tanpa baca mana-mana review dari filem ni. Dia punya starting filem je dah memang cukup menarik bila awal-awal dah ramai cameo yang muncul. Dalam  2 minit je hampir 20 orang pelakon popular dah ada.

Pelakon Filem Seratus


Siapa cameo yang muncul tu korang kena tengok sendiri la sebab dia macam "suprise!!!". terkejut kita tau... 

Satu lagi yang best tentang filem ni ialah plot dia laju. Takde masa nak shahdu2 dengan skrip tak de punca dengan jalan cerita. Semua tersusun cantik. Babak tengah cemas pun boleh terselit babak lucu. Tu yang menariknya.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : INI UTHARAM

Aku suka lakonan Sharul Kamal dalam filem ni. Boleh dah la dia jadi watak hero untuk filem-filem lain. Walaupun badan dia kecil je tapi tu standard la badan hero di Malaysia ni.  . Lain la kalau nak pegang watak tentera ke , Sharul kena buat badan sikit la. 

Aku pernah tengok lakonan dia dalam drama lama apa entah tajuk nya. Dia ni suka bawa watak jahat dan romeo. Jadi bila tengok lakonan dia dalam filem Seratus ni aku rasa dia boleh dah terima watak lain sebab dia layak kot. 

Kesimpulan nya aku cukup suka filem ni. Aku rasa korang pun patut tengok dan rasai keseronokan menonton filem ni dengan keluarga. Yes!filem ni bersih dari unsur2 kelu cahan dan luar tabii.

Pelakon Filem seratus


Kalau nak cari kekurangan tentang filem Seratus ni. Aku tak nampak pulak. Mungkin sebab plot cerita yang cepat dan sentiasa mencemaskan jadi kita yang tonton ni pun tak sempat nak fikir benda2 tu. Mungkin tu satu kelebihan yang ada pada filem ni.

Sinopsis Filem Seratus lakonan Sharul Kamal

Seratus mengisahkan Hafiz seorang penghantar makanan, tinggal bersama ibunya. Hubungan Hafiz dengan ayahnya yang juga seorang wartawan tidak berapa baik. 

Satu hari ayahnya datang kerumah dan meminta Hafiz dan ibunya segera berpindah. Tapi Hafiz membantah dan memarahi ayahnya. Keesokan harinya Hafiz melihat sekeping not Rm100 diselitkan dibawah pintu rumahnya. Pada wang kertas tersebut tertera satu nota . Namun Hafiz tidak memikirkan nya.

Pelakon Filem Seratus

Ketika sedang bekerja dia mendapat panggilan telefon mengatakan ayahnya sudah meninggal dunia. Ibu Hafiz sangat sedih namun Hafiz meminta ibunya melupakan ayahnya kerana bagi Hafiz ayahnya hanya menyusahkan hidup mereka.

Memikirkan semuanya sudah berakhir, namun semuanya tiba-tiba berubah apabila dia mendapati ibunya di culik dan penculik meminta sesuatu yang dia sendiri tidak menyangka akan terlibat dengan satu skandal jenayah membabitkan seorang ahli perniagan terkenal.

Pelakon Filem Seratus

Sharul Kamal

Sara Ali

Wan Hanafi Su

Fauzi Nawawi

Pablo Amirul

Marissa Yasmin

Riz Amin

Catat Ulasan

0 Ulasan