JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 7

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 7 | Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 7. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

jaga aku selamanya

 

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 6

Jaga Aku Selamanya Full Episod 7

Mia sedang menjaga adik-adiknya. Adi yang pulang dari sekolah terus membuka bekas yang berisi kuih. Mia memberi adik-adiknya yang kelaparan makan dahulu sementara menunggu Azhar pulang.

Selepas keluar dari hostel pagi itu , Maya mengikut Amri.Telefon nya yang rosak sudah tak dapat digunakan lagi. Amri membelikan makanan untuk maya. Dia juga membelikan sebuah telefon baru untuk Maya. Maya ingin membayar wang telefon tersebut tapi Amri menolak. 

Maya bertanya pada Amrri dimana Amri dapatkan wang yang banyak kerana selama ini sudah banyak pertolongan dari Amri yang diterima. Amri menceritakan yang dia melakukan berbagai pekerjaan. Maya berminat ingin tahu. 

Amri membawa Maya berjumpa seorang wanita dikenali sebagai Suzy di sebuah restoran. Suzy nampak seperti wanita yang peramah dan mesra. Restoran itu miliknya. Maya memperkenalkan diri pada Suzy 

Sementara itu Azhar masih mencari pekerjaan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Tiba-tiba seorang lelaki pengutip sampah lalu disitu. Azhar memerhatikan lelaki tersebut. 

Suzy juga menceritakan perihal perniagaan nya pada Maya. Suzy mahu Maya belajar menguruskan perniagaan dan jangan risau tentang wang kerana dia akan membayar pada Maya. Suzy meminta Maya menghantar kek kepada pelanggan di Singapore . 

Dia mahu pesanan dihantar 30 kotak kek kepada pelanggan di luar negeri. Dia bayar dengan lumayan. Maya tergamam apabila dia mendengar jumlah bayaran yang akan diterima. Maya bersetuju. Suzy terus menghulurkan wang pada Maya. Maya sangat berterima kasih pada Suzy.

Tiba-tiba maya berasa tidak sedarkan diri,

Azhar pulang kerumah dan melihat adik-adik nya masih belum makan. Mereka makan bersama . Tiba-tiba rumah mereka bergelap.

Maya tersedar dari pengsan dan dia dapati Amri ada disebelahnya. Amri mengatakan dia pitam sebentar tadi. Maya berasa tekak nya perit an kepalanya seperti hendak pecah. Maya memegang sampul yang berisi wang. Amri membawa maya pergi dari situ .

Seorang wanita yang bekerja di restoran tersebut hanya memerhatikan Amri dan Maya.. Amri membawa Maya ke rumah tumpangan . Maya kemudian nya menghubungi Seri. Dia mahu bercakap dengan anak-anaknya.

Bekalan elektrik dirumah Azhar sudah dipotong. Adik-adiknya sudah merungut kepanasan. Azhar memeriksa kotak suis dirumah. Mia masuk ke dalam rumah sambil membawa sehelai kertas. Mia memberitahu Azhar bekalan elektrik rumah mereka sudah dipotong.

Seri memberitahu Maya anak-anak nya sudah tidur. myaa memberitahu yang dia akan memesuka kan wang rm2000 untuk bayaran sewa rumah dan bil yang tertunggak. Seri sangat gembira kerana akan mendapat wang yang banyak dari Maya. Selepas bercakap dengan Maya seri terus menempah gelang emas berharga rm2000.

Hari itu anak kepada tuan rumah sewa datang kerumah Azhar. Dia sangat marah kerana sewa rumah mereka masih tertunggak. Dia kemudian nya mengeluarkan semua barang-barang didalam rumah dan mengunci pintu pagar rumah. 

Azhar dan adik-adiknya yang baru pulang terkejut melihat barang-barang mereka berada diluar rumah. Sehingga ke malam mereka menunggu Seri pulang tapi hampa. Azhar terus membawa adik-adiknya dari situ. Mereka tak tahu kemana harus di tuju.

Maya masih berasa hendak pitam. Amri datang membawakan semua barangan yang akan dibawa oleh Maya. Dia juga memberikan Maya boarding pass Maya dan memberikan arahan apa yang perlu dilakukan Maya. Kemudian dia meninggalkan Maya selepas mengucapkan selamat tinggal. Dalam keadaan pening maya terus berjalan dan tiba-tiba dia pengsan.

..bersambung..


Catat Ulasan

0 Ulasan