DOA QUNUT BERSERTA MAKNA DAN BACAAN RUMI

DOA QUNUT BERSERTA MAKNA DAN BACAAN RUMI | Dalam mazhab Syafie hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'adh iaitu sunat yang dituntut. Jika terlupa membaca doa qunut perlu melakukan sujud sahwi. Namun jika tidak melakukan sujud sahwi, solat subuh tetap sah.

Doa Qunut


Ketika solat subuh doa qunut dibaca selepas bangun dari rukuk dan sebelum sujud pada rakaat terakhir. Bacaan lengkap doa qunut dibaca sambil menadah tangan.

Bagi yang masih belum menghafal atau tidak menghafal doa qunut,  anda boleh membaca doa lain untuk menggantikan doa qunut. Asalkan doa tersebut ada didalam Al-quran.

contoh doa yang yang boleh menggantikan doa qunut.


ganti doa qunut



Doa dalam alquran

Rabbana la tuzigh quloobana ba’da izh hadaitana wa hab lana milladunka rahmah innaka antal Wahhab
  

Bacaan Rumi Doa Qunut Berserta Makna

Mungkin ada yang belum mahir membaca ayat quran tapi tetap ingin berusaha membaca doa qunut dalam solat. Membaca doa qunut dalam rumi adalah salah satu cara yang ramai guna untuk lebih memahirkan bacaan. Namun bagi mereka yang membaca doa qunut dalam rumi atau apa sahaja ayat alquran di dalam rumi pastikan anda juga terus berusaha untuk belajar membaca alquran. Pastikan anda juga mendengar audio cara bacaan dengan betul supaya dapat menyebut dengan lebih jelas dan tepat.

Doa qunut

Allah humah dini fiman hadait.

Wa'a fini fiman 'afait.

Watawallani fiman tawalait.

Wabarikli fimaa a'tait.

Waqinii syarramaa qadzait.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Cara Hafal Doa Qunut yang Mudah

Menghafal doa qunut perlu dilakukan berperingkat-peringkat. Salah satu cara yang mudah untuk menghafal doa qunut adalah mula belajar membaca doa qunut dengan betul dahulu. Boleh belajar membaca melalui guru ataupun jika tidak berkesempatan boleh berulang kali mendengar audio bacaan yang tepat.

Kemudian mula membaca baris pertama berulang kali. Untuk bacaan awal rujuk  ayat doa qunut yang tertera. Kemudian apabila yakin , baca doa tanpa melihat doa qunut. Ulang baris pertama antara 10- 20 kali.

Ulang cara diatas sebaris demi sebaris sehingga anda mampu membacanya sendiri. Baca doa qunut dengan tenang dan tidak tergopoh gapah supaya anda sendiri dapat mendengar bacaan anda dengan jelas.

Begitulah cara menghafal doa qunut.



Catat Ulasan

0 Ulasan