CARA SUJUD SYUKUR YANG BETUL

CARA SUJUD SYUKUR YANG BETUL  | Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bala bencana

cara sujud syukur


Sujud syukur juga dilakukan selepas akad nikah . mendapat anak ataupun selepas selesai peperiksaan penting. Bermakna sujud syukur dilakukan sebaik sahaja kita mendapat sesuatu yang mengembirakan.

Sujud syukur juga mestilah dilakukan untuk perkara-perkara besar yang jarang atau susah untuk kita perolehi selama ini.Jika melakukan sujud syukur untuk perkara yang sudah sedia kita ada , atau perkara yang selalu kita perolehi, melakukan sujud syukur adalah bid'ah. 

Hukum Sujud Syukur

Kebanyakan ulamak berpendapat hukum sujud syukur adalah sunat. Ketika Nabi Muhammad s.aw mendapat berita gembira  baginda akan melakukan sujud syukur. Para sahabat baginda juga melakukan sujud syukur apabila mendapat perkabaran gembira. 

BACA:MANFAAT DAN KELEBIHAN DOA BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Sujud Syukur tanpa wuduk dan tidak mengadap kiblatSujud Syukur boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwuduk dan tidak mengadap kiblat asalkan  tempat sujud dalam keadaan yang bersih, selamat dan berada dalam keadaan menutup aurat. 

Namun ianya boleh dilakukan dalam keadaan berwuduk dan mengadap kiblat.

sujud syukur wanita


Sujud syukur ketika haid. Sujud syukur ketika haid dan nifas tidak dibolehkan bagi wanita. Namun, wanita tersebut masih boleh menzahirkan rasa syukur dengan zikir mahupun ucapan tahmid “alhamdulillah” ( الْحَمْدُ لِلهِ) ketika mendapat nikmat bagi menggantikan sujud syukur.

Sujud syukur dimulakan dengan takbiratul ihram. kemudian sujud dan duduk dari sujud dengan takbir dan memberi salam

Cara Betul Melakukan Sujud Syukur Ringkas

Rukun sujud syukur seperti berikut:


- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud (sekali sahaja)
- Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam


Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan